Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media Trust labur besar dalam teknologi, perkukuh tenaga kerja

Pengerusi dedah pemerintah setuju sokong pelaburan awal syarikat sejajar misinya perjuang kewartawanan bermutu, boleh dipercayai
SMT
Jan 28, 2022 | 05:30 AM



NAZRI HADI SAPARIN



SPH Media Trust (SMT) telah membuat pelaburan besar dalam bidang teknologi, selain memperkukuh tenaga kerjanya, sepanjang beberapa bulan lalu dan ia akan terus memberi tumpuan pada dua bidang itu pada masa hadapan, kata Pengerusinya, Encik Khaw Boon Wan.



Dalam satu taklimat semalam mengenai kemajuan yang dicapai SMT sejak pemindahan operasi media kumpulan Singapore Press Holdings Limited (SPH) kepada SMT, sebuah syarikat terhad dengan jaminan (CLG), Encik Khaw mendedahkan pemerintah bersetuju secara prinsip untuk menyokong pelaburan awal yang diperlukan SMT.



Encik Khaw menekankan misi utama SMT ialah memperjuangkan kewartawanan bermutu dan boleh dipercayai demi kebaikan umum.



Dengan misi sedemikian, pemerintah bersedia menyediakan pendanaan dalam bidang seperti pembangunan keupayaan, yang tempoh pulangannya panjang.



"Dalam hal ini, kita mempunyai justifikasi untuk mendapatkan sokongan pemerintah," ujar beliau, sambil menambah bahawa perincian pendanaan pemerintah itu akan diumum oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) tidak lama lagi.



Sehubungan dengan itu, Encik Khaw berkata SMT sedang meneliti tahap sokongan yang diperlukannya dan indeks prestasi utama (KPI) yang perlu dipenuhi.



Antara yang dibincangkan sejauh ini ialah metriks seperti jumlah audiens dan langganan.



Meskipun demikian, Encik Khaw menekankan sebahagian besar perkara yang ingin dilakukan SMT akan ditampung melalui pendapatan komersialnya sendiri, dan menjana keuntungan akan terus menjadi sesuatu yang penting.



Selain pendanaan pemerintah, SMT telah mendekati pertubuhan seperti persatuan suku kaum dan kumpulan masyarakat lain yang berkongsi matlamat yang sama dengan syarikat itu, termasuk dalam usaha mempromosikan bahasa ibunda.



"Perbincangan sedang berlangsung dan amat positif. Kami teruja dengan semangat positif sejauh ini dan kami berharap dapat membuat beberapa pengumuman atau berita baik tidak lama lagi, mungkin bulan depan," ujar beliau.



Dalam taklimat semalam, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara SMT, Encik Patrick Daniel; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil, Encik Warren Fernandez; dan Ketua Editor Kumpulan Media Cina, Cik Lee Huay Leng; Encik Khaw berkata bilik berita di bawah syarikat SPH sebelum ini tidak dapat melakukan pelaburan dalam membangunkan keupayaan bakat dan teknologi.



Justeru, antara langkah yang diambil bagi menangani keadaan itu ialah pelaburan besar yang akan dilakukan SMT dalam menubuhkan Akademi Media dengan fokus memperkukuh kemahiran digital dan berbilang media wartawannya.



Syarikat itu juga akan membuat pelaburan agresif dalam teknologi untuk meningkatkan pengalaman pengguna bagi aplikasi dan laman web penerbitannya, selain memastikan kandungan yang dihasilkan bilik berita dapat diterbitkan dalam masa sesuai dan secara berkesan.



Berkata demikian, Encik Fernandez menjelaskan bahawa SMT juga akan memberi tumpuan pada mempromosi bahasa ibunda, budaya dan nilai, selain membangunkan hubungan lebih mendalam dengan masyarakat bagi akhbar vernakularnya.



Penerbitan SMT juga akan berusaha meluaskan jangkauannya di peringkat antarabangsa dengan memperkukuh biro luar negara akhbar The Straits Times dan Lianhe Zaobao.







CEO tetap SMT diumum 'seminggu dua ini' 



SPH Media Trust (SMT) akan mengumumkan siapa ketua pegawai eksekutif (CEO) tetapnya dalam masa seminggu dua ini.



Pengerusi SMT, Encik Khaw Boon Wan, mendedahkan demikian semasa menjawab pertanyaan wartawan dalam satu taklimat dalaman bagi bilik berita syarikat itu.



SMT, sebuah syarikat terhad dengan jaminan (CLG), menerbitkan akhbar The Straits Times,Lianhe Zaobao dan Berita Harian, antara lain.



Jawatan CEO sementara kini digalas Encik Patrick Daniel, 67 tahun, seorang tokoh media veteran yang sebelum ini pernah menjadi timbalan CEO Singapore Press Holdings Limited (SPH).



Encik Khaw berkata beliau memulakan pencarian CEO tetap sejak Mei lalu, apabila beliau menerima tugas menerajui pemindahan operasi media SPH kepada SMT selaku pengerusi CLG itu.



Pemindahan itu selesai pada 1 Disember.



"Patrick dengan baik hati, terutama isterinya yang memberi kebenaran, keluar daripada persaraan," kata Encik Khaw.



"Saya memahami kesukarannya kerana saya sendiri keluar daripada persaraan... jadi ia adalah pengorbanan besar bagi beliau dan saya berjanji kepada dirinya (ketika itu) saya akan melakukan pencarian serta-merta, sesuatu yang memang saya lakukan.



"Dan kini kami telah selesai dengan proses pencarian dan akan membuat pengumuman dalam masa seminggu dua ini," ujar beliau lagi.







Khaw: BH boleh teroka peluang luas jangkauan ke rantau ini



AKHBAR Berita Harian (BH) boleh meneroka peluang meluaskan jangkauannya ke rantau ini, terutama Malaysia, memandangkan ada beberapa faktor yang menyebelahi BH dalam usaha sedemikian.



Selain persamaan bahasa, ada warga Singapura menetap di Malaysia, terutama di Johor, dan penduduk Malaysia yang mempunyai tali persaudaraan dengan penduduk di Singapura yang mahu tahu mengenai perkembangan dalam masyarakat di sini.



In dinyatakan Pengerusi SPH Media Trust (SMT), Encik Khaw Boon Wan, dalam satu taklimat dalaman mengenai hala tuju syarikat itu dua bulan setelah pemindahan operasi media kumpulan Singapore Press Holdings Limited (SPH) kepada SMT, sebuah syarikat terhad dengan jaminan (CLG)



"Ini merupakan golongan yang akhbar BH harus cuba dekati," ujarnya.



"Dan menerusi wadah digital, ia boleh dilakukan kerana dalam bentuk akhbar cetak, ia adalah sukar, malah tidak boleh dilakukan kerana batasan sempadan.



"Tetapi dengan kelebihan digital, kita boleh meluaskan jangkauan kita, mendapat lebih ramai pembaca," tambah beliau.



Dalam pada itu, Encik Khaw menarik perhatian cabarannya ialah cara menjana pendapatan menerusi pembaca tambahan itu.



Beliau berkata ia tidak semestinya dalam bentuk langganan digital kerana berdasarkan pengalaman akhbar lain, langganan boleh juga dalam bentuk ringkasan surat berita elektronik, atau e-newsletters.



"Namun, mendapatkan pembaca adalah langkah pertama yang baik, kemudian kita boleh fikirkan cara menjana pendapatan," kata beliau lagi.



Encik Khaw menekankan bahawa bagi meluaskan jangkauan, yang penting terlebih dahulu ialah BH memperkukuh kandungannya.



"Ia memerlukan kita mencapai keputusan, mendekati pelanggan dan mereka yang berpotensi melanggan kita, mengenai apakah yang boleh kita hasilkan yang bermakna buat mereka untuk melanggan dan membaca secara kerap," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >