Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO tetap SPH Media Trust diumum ‘seminggu dua ini’

Jan 27, 2022 | 06:43 PM



SPH Media Trust (SMT) akan mengumumkan siapa ketua pegawai eksekutif (CEO) tetapnya dalam masa seminggu dua ini.



Pengerusi SMT, Encik Khaw Boon Wan, mendedahkan demikian semasa menjawab pertanyaan wartawan dalam satu taklimat dalaman bagi bilik berita syarikat itu.



SMT, sebuah syarikat terhad dengan jaminan (CLG), menerbitkan akhbar The Straits Times, Lianhe Zaobao dan Berita Harian, antara lain.



Jawatan CEO sementara kini digalas Encik Patrick Daniel, 67 tahun, seorang tokoh media veteran yang sebelum ini pernah menjadi timbalan CEO Singapore Press Holdings Limited (SPH).



Encik Khaw berkata beliau memulakan pencarian CEO tetap sejak Mei lalu, apabila beliau menerima tugas menerajui pemindahan operasi media SPH kepada SMT selaku pengerusi CLG itu.

Pemindahan itu selesai pada 1 Disember.



“Patrick dengan baik hati, terutama isterinya yang memberi kebenaran, keluar daripada persaraan,” kata Encik Khaw.



“Saya memahami kesukarannya kerana saya sendiri keluar daripada persaraan... jadi ia adalah pengorbanan besar bagi beliau dan saya berjanji kepada dirinya (ketika itu) saya akan melakukan pencarian serta-merta, sesuatu yang memang saya lakukan.



“Dan kini kami telah selesai dengan proses pencarian dan akan membuat pengumuman dalam masa seminggu dua ini,” ujar beliau lagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >