Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CERAMAH KESIHATAN 'AWAK O.K.?'

Suplemen kesihatan tidak boleh ganti ubat doktor bagi penyakit kronik

Doktor: Tidak salah gunakannya asal ia tidak bahayakan kesihatan
Dec 09, 2017 | 05:30 AM



SUPLEMEN atau makanan tambahan kesihatan tidak boleh menggantikan ubat-ubatan yang ditetapkan doktor bagi penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi, kata Pengarah Perubatan Myhealth Medical Centre, Dr Saiful Nizam Subari.



Beliau berkata tiada salahnya individu mengambil suplemen kesihatan asalkan ia tidak membahayakan kesihatan mereka. Namun, ia tidak boleh menjadi pengganti kepada ubat-ubatan yang diberi doktor.



Ini kerana, misalnya, ada pesakit kencing manis yang keadaannya bertambah teruk disebabkan enggan memakan ubat-ubatan yang diberi doktor, tetapi sebaliknya mendapatkan rawatan alternatif, kata Dr Saiful.



"Kami menasihati mereka yang ingin mengambil suplemen kesihatan agar memberitahu doktor mereka dan meminta doktor mereka menjelaskan apa yang terkandung dalam suplemen kesihatan atau jamu yang mahu diambil.



"Kadangkala, suplemen kesihatan ini mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan yang diberi dan menyebabkan kesan sampingan lain yang tidak diingini," jelas beliau.



Dr Saiful menggesa individu yang ingin mengambil suplemen kesihatan agar membuat kajian mereka dan memeriksa sama ada suplemen itu daripada sumber yang boleh dipercayai dan diperakui dan adakah ia mengandungi bahan ubat-ubatan lain.



Beliau menambah bahawa individu juga perlu melihat tahap bukti dan kajian keberkesanan yang dijalankan bagi setiap suplemen sebelum memutuskan adakah mereka perlu mengambil suplemen tersebut.



"Ada beberapa suplemen yang telah menjalani ujian di makmal dan mempunyai beberapa bukti. Contohnya, mereka mungkin telah menguji suplemen itu pada haiwan tetapi mungkin tidak mengujinya pada manusia.



"Ada juga ubat tradisional atau ubat herba yang mungkin ada bukti, tetapi ia tidak mempunyai bukti saintifik bagi kami memberi nasihat sama ada ia rawatan yang lebih baik atau dapat memberi manfaat kepada individu," kata beliau, sambil menekankan bahawa individu harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen kesihatan.



Hari ini Berita Harian bersama Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) menganjurkan siri kedua ceramah kesihatan Awak O.K.? di Canopy @ JLink di 21 Jurong East Central 1, Jurong East, dari 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.



Acara Jom Bual-Bual Kesihatan ini akan mengetengahkan tiga penceramah.



Mereka terdiri daripada pegawai perubatan, Dr Hishamuddin Badaruddin; Penolong Profesor di Institut Teknologi Singapura (SIT) dan ahli fisioterapi pelawat di Hospital Besar Ng Teng Fong, Dr Muhammad Rahizan Zainuldin; dan pakar pemakanan daripada Jurong Health Services, Cik Filzah Abdul Rahim.



Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, akan hadir di acara itu selaku tetamu terhormat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >