Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cergaskan badan di Geylang Serai Ahad ini

Aug 01, 2019 | 05:30 AM



Wisma Geylang Serai akan mengadakan Pesta Kesihatan buat julung-julung kalinya Ahad ini. Dari seawal 9 pagi, orang ramai boleh menyertai pelbagai kegiatan bagi segenap lapisan usia. Wartawan pelatih MUHAMMAD EDRIE RIZWAN (edrieam@sph.com.sg) menemu bual dua penggiat kesihatan untuk ketahui apakah penglibatan mereka di Pesta Kesihatan itu serta antara aktiviti menarik yang boleh anda sertai.



KESUNTUKAN masa merupakan salah satu alasan utama mengapa ramai daripada kita tidak sempat mengamalkan gaya hidup sihat.



Dengan adanya program senaman mingguan yang dikendalikan Wisma Geylang Serai (WGS), anda mungkin boleh meluangkan beberapa minit untuk cergaskan badan!



Ahad ini, WGS akan mengadakan Pesta Kesihatan yang sekali gus merupakan pelancaran bagi kegiatan senaman mingguan mereka.



Orang ramai boleh menyertai sesi zumba dan senaman ringan, yang juga sesuai untuk mereka yang sudah berusia.



Sesi tersebut akan dikendalikan oleh jurulatih dari Nawal Haddad Fitness.



"Acara seperti ini amat penting kerana dengan adanya kegiatan seperti ini, ia dapat merapatkan lagi hubungan antara rakan atau keluarga, dan ini secara tidak langsung membuat mereka lebih bahagia," kata Cik Sharifah Nawal Mohamed Alhaddad, 29 tahun, pengasas Nawal Haddad Fitness & GLOWco selaku hos Senam2 Pasar.



Beliau berharap orang ramai juga bakal mempraktikkan apa yang mereka akan pelajari di sesi itu nanti.



"Dengan jurulatih kami, mereka boleh menjangkakan pengalaman yang penuh bertenaga, seronok dan berisi ilmu.



"Harap-harap mereka akan melakukan senaman ini di rumah juga setelah sesi ini," tambah Cik Nawal yang telah mengendalikan Nawal Haddad Fitness semenjak 2013.



Senaman pagi minggu di WGS yang bermula pada 21 Julai lalu diadakan setiap minggu mulai 8.30 pagi hingga 9.30 pagi dan dikendalikan jurulatih Nawal Haddad Fitness.



Pada Ahad ini, sempena pelancaran kegiatan mingguannya pula, orang ramai diajak menyertai Senam2 Pasar pada 9.15 pagi hingga 10 pagi.



Seramai 200 peserta pertama yang mendaftarkan diri di https://tinyurl.com/y3ljn6d4 akan mendapat cenderamata menarik.




PESTA KESIHATAN WISMA GEYLANG SERAI 2019 



BILA: Ahad, 4 Ogos
MASA: 9 pagi hingga 1 petang
MANA: Ruang Acara, WGS
MASUK: Percuma



ACARA MENARIK



  • Senam² Pasar bersama Nawal Haddad Fitness

  • Ceramah Kencing Manis

  • Demonstrasi dan persembahan Silat

  • Ceramah Mitos Kesihatan dengan panelis Dr Elly Sabrina Ismail, Encik Hisham Musa dan Cik Humairah Hameed Maricar

  • Persiapan Makanan Sihat bersama Cik Aqilah Norazman

  • Persembahan oleh Swing City Band




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >