Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MENJELANG RAYA: FESYEN

Cerita di sebalik baju Raya

Dengan Hari Raya hanya kurang seminggu, BERITA MINGGU meninjau bagaimana fesyen menjelang Syawal telah berubah sepanjang zaman.
May 02, 2021 | 05:30 AM



BAK kata pepatah, fesyen Hari Raya, tidak lapuk dek hujan dan tidak pernah lekang dek panas.



Sehingga hari ini, kita dapat lihat kaum hawa masih dengan bangganya memperagakan baju kebaya moden atau tradisional atau baju kurung.



Malah dalam desain yang diketengahkan para pereka fesyen terkini juga, motif, sulaman dan kegunaan kain les masih lagi digunakan sebagai inspirasi menghasilkan baju Hari Raya moden.



Justeru dalam The BM Show minggu ini, Berita Harian (BH) telah bekerjasama dengan Taman Warisan Melayu (TWM) untuk menjejaki gaya dan desain baju Hari Raya wanita sepanjang tahun serta apa yang mempengaruhi corak dan penampilan sedemikian.



Hos The BM Show, Cik Hanim Mohd Saleh, telah menemubual dua pakar - pemilik butik Ratianah, Cik Ratianah Tahir, dan kurator TWM, Cik Suhaili Osman, untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan fesyen pakaian Hari Raya wanita.



Merintis gaya fesyen itu seawal 1920-an, wanita ketika itu lebih gemar mengenakan kain batik sebagai sebahagian daripada pakaian mereka.



Bukan sahaja pakaian malah kain batik juga digunakan sebagai kain atau kerudung untuk menutupi bahagian kepala sebagai menjaga kehormatan dan tatasusila seorang wanita Melayu.



Gaya potongannya juga simple dan tidak terlalu ketat.



"Semasa zaman sebelum perang, wanita Melayu gemar mengenakan kain batik.



"Kain batik adalah satu keperluan dan memang sinonim bagi masyarakat Melayu kita.



"Dengan kain batik, mereka mendodoikan anak, dan dengan kain batik juga kita diselebungi apabila menghadap ke Illahi," jelas Cik Ratianah.



Kain batik yang dikenakan wanita zaman itu juga tidak dijahit dan dikenakan dengan tali pinggang.



Pada 1940-an pula, wanita era itu lebih berkemampuan dan banyak menghabiskan masa di rumah untuk menjahit.



Maka terciptalah ramai tukang jahit dan tukang sulam ketika itu.



Dan ini dapat dilihat dengan sulaman yang terdapat pada kebaya yang mereka pakai pada zaman tersebut.



"Apa yang menarik tentang kebaya yang diperbuat daripada kain jenis voile, ia bukan sahaja digayakan oleh wanita Melayu tetapi juga yang dipakai nyonya peranakan daripada wanita yang muda sehinggalah yang sudah berumur," jelas Cik Suhaili.



Beralih ke zaman 1960-an pula, kebayanya banyak dipengaruhi dengan dunia perfileman.



"Kepopularan Jalan Ampas dan dunia perfileman banyak mempengaruhi dan pakaian yang digayakan seniwati zaman itu banyak menjadi ikut-ikutan wanita ketika itu," kata Cik Ratianah.



Namun lebih daripada itu, pada era tersebut, wanita sudah mula keluar daripada rumah untuk bekerja dan tampil lebih yakin, tambah Cik Suhaili.



Motif atau "prints" sudah mula menonjol pada era 1970-an.



"Kita mewah dengan motif luar negara yang berwarna-warni. Dan yang paling popular ialah motif "polka dots" dan potongan kain juga seakan ikan duyung, yang kuncup di atas dan kembang di bawah," kata Cik Ratianah.



Kegunaan selendang les banyak digayakan oleh kaum wanita pada tahun 1980-an.



Menurut Cik Ratianah, pada zaman itu, terdapat kesedaran tentang agama dan wanita ingin menutup kepala tetapi pada masa yang sama masih mahu kelihatan moden dan anggun.



Di samping itu, kehadiran lebih ramai kumpulan nasyid juga mempengaruhi kegunaan tudung les sedemikian.



Daripada segi pakaian pula, Cik Suhaili berkata wanita pada zaman itu banyak menggunakan "shoulder pads" agar penampilan mereka kelihatan lebih berstruktur dan tegap.



"Ia juga melambangkan bahawa wanita lebih berani dan yakin untuk berfesyen," tambah Cik Ratianah lagi.



Di tahun 1990-an, idola yang muncul ketika itu dan menjadi antara yang mempengaruhi pakaian wanita Melayu ialah Princess Diana.



Pakaian wanita Melayu lebih 'simple', tidak terlalu banyak garang daripada segi warna dan banyak menggunakan perhiasan seperti mutiara gelang dan rantai.



"Selain itu, sulaman pakaian wanita ketika itu juga banyak menggunakan les kerana dipengaruhi majalah-majalah wanita popular ketika itu seperti 'Nona' yang banyak menonjolkan pakaian pengantin.



"Justeru baju wanita Melayu juga banyak dipengaruhi pakaian pengantin," kata Cik Suhaili.



Beralih ke zaman milenial pula, meskipun potongan baju kurungnya bersifat moden tetapi motifnya asli.



"Ia bak satu "revival" atau mengimbas kembali fesyen lama.



"Walaupun potongannya moden tetapi kain yang digunakan banyak menggunakan tekstil asli seperti songket," kata Cik Suhaili.



Baju Melayu wanita hari ini pula tidak hanya terhad kepada baju kurung tetapi sudah mempunyai konsep "mix and match".



Menjelaskan Cik Ratianah berkata: "Wanita hari ini mahukan keselesaan, ringkas dan apabila membeli sesuatu pakaian itu, mereka mahu mengenakannya kembali dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja.



"Baju yang dibeli untuk Hari Raya, mereka mahu menggunakannya untuk hari-hari biasa juga seperti ke kerja, yang boleh dipadankan dengan seluar atau skirt, jadi ia lebih fleksibel."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >