Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Cerita Seram

Apr 21, 2019 | 05:30 AM

Aku merenung skrin kosong

Menanti aksara berbaris rapi

Menyulam cerita memukau seram

Meremang tika membaca

Ketakutan menyelubung jiwa

Aku merenung papan kekunci

Jari-jemari tidak selari akal

Mencari aksara pertama diketuk

"H" mulai

"A" mengekori

"N" menjelma

"T" menyusur

"U" menutup

Terlakar bayangan misteri menghitami latar putih

Tanpa bentuk tanpa wajah bermata merah

Meraung tanpa suara

Meremang bulu roma

Terusku tekan kekunci padam lama-lama

Hilang semua ilham

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >