Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ceroboh kawasan latihan SAF: Lelaki didenda $2,000

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki didenda $2,000 kerana menceroboh kawasan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dengan mendakwa dia berada di sana untuk memetik daun pandan.



Ng Kiong Hoe, 63 tahun, didapati bersalah semalam bagi kesalahan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran bersama seorang lagi individu Cheng Lee Meng, 61 tahun.



Mahkamah mendengar bahawa Cheng telah meminta Ng untuk menemaninya ke kawasan latihan Trek 9 di Ama Keng Road, di Lim Chu Kang, pada 9 September tahun lalu.



Pada 2.45 petang hari itu, Cheng memandu sebuah van ke pagar berkunci di Trek 9 Ama Keng Road bersama Ng.



Cheng memberikan kunci kepada Ng dan menyuruhnya untuk membuka kunci pagar itu.



Ng berbuat demikian, dan Cheng memandu van itu masuk ke Trek 9. Ng kemudian menutup pagar tersebut.



Seorang pegawai Waran Kedua SAF melihat kedua-dua lelaki itu memasuki Trek 9 dan bergegas menahan mereka. Polis juga dihubungi.



Ng enggan menjawab apabila pegawai itu bertanya mengapa dia berada di kawasan itu. Polis kemudian menangkap Cheng dan Ng.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana Cheng mendapatkan kunci pintu.



Semasa siasatan polis, Ng mendakwa dia berada di kawasan latihan SAF itu untuk memetik daun pandan.



SAF telah meletakkan dua papan tanda dengan tulisan, "Kawasan Larangan. Dilarang Masuk Jika Tiada Kebenaran" dalam empat bahasa, tetapi Ng gagal mematuhinya.



Cheng sedang menuntut perbicaraan dan dijadualkan tampil di mahkamah pada 19 Ogos.



Dalam menjatuhkan hukuman ke atas Ng, Hakim Daerah Luke Tan berkata kawasan latihan itu mempunyai papan tanda yang jelas, termasuk gambar seorang askar dengan senjata.



"Anda mungkin mengganggu operasi dan membahayakan keselamatan diri anda dan orang lain," kata hakim.



Bagi kesalahan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran, Ng boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda hingga $20,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >