Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cetus perubahan dan baik pulih sekitaran demi masa depan menghijau: Presiden Halimah

Jun 05, 2021 | 02:41 PM



 



 



Presiden Halimah Yacob berharap masyarakat dan negara-negara akan bekerjasama untuk mencetuskan perubahan dan menggalak baik pulih sistem eko kita. 



 



Ini kerana masa depan lebih menghijau bukan hanya baik untuk sekitaran dan punca pendapatan tetapi penting bagi penakatan kita yang berterusan di bumi ini, kata beliau dalam satu catatan pos Facebook sempena Hari Sekitaran Sedunia pada Sabtu (5 Jun). 



 



Menurut Puan Halimah, Singapura sendiri sudah merasakan kesan perubahan iklim dengan suhu yang meningkat serta cuaca panas lebih kerap, menjadikan perubahan iklim isu penting yang memerlukan respons seluruh masyarakat. 



 



“Kajian juga menunjukkan bahawa kehilangan kepelbagaian bio meningkatkan risiko lebih banyak penyakit berjangkit, termasuk koronavirus, daripada menular,” ujarnya. 



 



Puan Halimah juga menarik perhatian mengenai usaha negara ini dalam pemuliharaan pokok warisan di bawah Skim Pokok Warisan Singapura.



 



Istana, misalnya, menempatkan beberapa pokok warisan di bawah skim itu, seperti pokok pukul lima atau rain tree, pokok binjai dan pokok asam.



 



Pokok-pokok ini seperti banyak lain di Singapura, mengambil masa berdekad untuk matang dan ini hanya boleh berlaku hasil usaha bersepadu untuk memastikan pemuliharaannya, jelas Puan Halimah. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >