Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CFE gariskan 7 strategi bagi bantu ekonomi Singapura berkembang

Feb 09, 2017 | 02:59 PM



JAWATANKUASA Ekonomi Masa Depan (CFE) mengumumkan pada Khamis (9 Feb) tujuh strateginya yang akan membantu ekonomi Singapura berkembang di tengah-tengah persekitaran global mencabar.



Strategi itu "saling memperkukuh" untuk mencapai wawasan sebuah negara Singapura yang kekal terbuka dan relevan, rakyatnya memperoleh kemahiran bagi pekerjaan masa depan dan syarikatnya meningkat melalui inovasi dan transformasi.



Tujuh strategi itu ialah:



1. Memperdalam dan mempelbagai hubungan antarabangsa Singapura



2. Memperoleh dan menggunakan kemahiran mendalam



3. Mengukuhkan keupayaan perusahaan untuk berinovasi dan meningkat



4. Membina keupayaan digital kukuh



5. Membangunkan sebuah bandar kaya dengan peluang yang bertenaga dan terhubung



6. Membangunkan dan melaksana Peta Transformasi Industri



7. Berkongsi dengan satu sama lain bagi membolehkan inovasi dan pertumbuhan



Jika strategi ini dilaksana dengan baik, CFE membayangkan pertumbuhan 2-3 peratus bagi produktiviti Singapura bagi dekad akan datang.



"Kita boleh membina ekonomi yang mewujudkan nilai yang terbuka dan disambungkan kepada dunia, yang menawarkan pelbagai peluang, dengan kenaikan gaji mampan dan kerjaya bermakna bagi semua rakyat Singapura," kata jawatankuasa itu dalam laporannya.



CFE ialah jawatankuasa peringkat tinggi yang terdiri daripada lima menteri Kabinet dan 25 anggota lain daripada sektor swasta. Ia dibentuk pada Disember 2015 atas arahan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Jawatankuasa itu diketuai Menteri Kewangan Heng Swee Keat, dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Industri) S Iswaran sebagai timbalan pengerusi.



Tiga lagi menteri dalam CFE ialah Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Pejabat Chan Chung Sing.



Sepanjang tahun lalu, jawatankuasa itu mendapatkan maklum balas daripada lebih 9,000 pihak berkepentingan, termasuk persatuan dan dewan perusahaan, agensi awam, kesatuan sekerja, syarikat, eksekutif, pekerja, ahli akademik, pendidik dan pelajar.



Antara saranan penting CFE ialah:



- Tubuhkan Perikatan Inovasi Global (GIA), iaitu rangkaian bagi menggalak inovasi dan memanfaatkan idea-idea baru



Ini termasuk institusi pengajian tinggi dan syarikat Singapura menjalin hubungan dengan rakan kongsi luar negara di hab inovasi dan di pasaran utama.



Ia juga termasuk pembentukan "tapak pelancaran inovasi" untuk memupuk kerjasama antara Singapura dan syarikat pemula (startup) asing, atau berfungsi sebagai "pusat sambutan" di mana syarikat Singapura boleh bekerja dengan rakan-rakan di luar negara



Membina jalinan sedia ada seperti Kolej Luar Negara Universiti Nasional Singapura, yang sudah mempunyai jalinan di Amerika Syarikat, Eropah dan China



- Pemerintah bekerjasama dengan penyedia latihan dan institusi pengajian tinggi untuk melancarkan kursus lebih modular



Ini termasuk memudahkan pekerja belajar mengikut kemampuan sendiri, dan menawarkan lebih fleksibiliti



- Menguatkan rejim harta intelek (IP) Singapura



Ia antara lain merangkumi bantuan perusahaan bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan dan IP daripada institusi penyelidikan dan membangunkan masyarakat IP dan pakar pengkomersialan.



Turut disarankan ialah membangunkan protokol piawaian IP untuk diguna pakai oleh semua agensi awam dan pihak yang menjalankan penyelidikan yang dibiayai awam.



- Bekerja bersama sektor swasta untuk mengubah Orchard Road



Rancangan di bawah saranan ini termasuk menjadikan kawasan beli-belah tempat yang mempunyai lebih banyak persembahan kebudayaan lebih dan program biasa, dan laluan pejalan kaki lebih luas serta lebih banyak laluan berbumbung



- Kajian semula sistem cukai Singapura berdasarkan dua prinsip



Prinsip itu ialah kekal menyeluruh, progresif dan adil, walaupun pendapatan dipertingkat dari masa ke masa untuk memenuhi keperluan domestik yang semakin meningkat, dan kekal berdaya saing serta propertumbuhan



Menyeru rakyat Singapura supaya menjadi "perintis generasi akan datang" dalam laporannya, CFE menamakan empat bidang utama di mana ia berharap dalam mencetuskan peningkatan:



- Orang ramai perlu mempunyai kemahiran mendalam dan inspirasi untuk memulakan pembelajaran sepanjang hayat



- Perniagaan perlu menjadi inovatif dan lincah



- Bandar menjadi bertenaga, sentiasa memperbaharui dan terhubung baik dengan dunia



- Pemerintah terselaras, inklusif dan responsif kepada keperluan rakyat Singapura



Dalam surat yang membayang Pemerintah menerima strategi yang dicadangkan oleh CFE, Perdana Menteri Lee berkata pelbagai Menteri akan memberi respons penuh mereka semasa Belanjawan dan perbahasa Jawatankuasa Perbekalan.



Beliau menambah: "Yang penting ialah cara kita melaksanakannya untuk mengubah ekonomi kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >