Chan Chun Sing terangkan sebab PA tidak pos pelitup
PERSATUAN Rakyat (PA) tidak menghantar pelitup menerusi pos untuk mengelakkan pembaziran serta menjimatkan masa dan tenaga, kata Timbalan Pengerusi PA, Encik Chan Chun Sing.
PA telah mempertimbangkan penghantaran pos bagi pelitup pembedahan yang diagihkan sebelum ini tetapi memutuskan untuk tidak menggunakan kaedah itu.
“Tidak semua isi rumah perlu atau mahukan pelitup itu. Menghantar melalui pos kepada setiap isi rumah akan menyebabkan pembaziran besar,” kata Encik Chan dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu (4 April).
Dalam latihan lalu, lebih 30 peratus isi rumah tidak mengambil pelitup yang diagihkan di kelab masyarakat dan jawatankuasa penduduk, kata Encik Chan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
Selain itu, usaha membungkus pelitup bagi setiap individu memerlukan lebih banyak tenaga dan masa, di samping mungkin menimbulkan kekeliruan dalam sebuah keluarga apakah setiap anggota telah menerima pelitup tersebut.
Baca laporan lepas:
https://www.beritaharian.sg/setempat/pelitup-guna-semula-diagih-mulai-esok