SEKITAR 2,000 kakitangan Changi Airport Group (CAG) akan meraih kemahiran penyesuaian, teknologi dan teknikal bagi pekerjaan dan tugasan baru ekoran transformasi digital syarikat itu.
Ini selepas syarikat itu memberi komitmen melabur $10 juta dalam tempoh dua tahun bagi usaha peningkatan kemahiran tersebut.