Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Changi berprestasi kukuh urus farmaseutikal melalui udara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Changi berprestasi kukuh urus farmaseutikal melalui udara

Persediaan bersama calon vaksin Covid-19 tunjukkan hasil keberkesanan memberangsangkan
Dec 09, 2020 | 05:30 AM

Singapura boleh memainkan peranan penting sebagai hab kargo udara bagi mengedar vaksin ke rantau ini, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) semalam.

Hab sudah bersedia bagi pengangkutan dan pengedaran vaksin Covid-19 itu siap memberikan perincian untuk mengendalikan kargo dengan keperluan suhu ketat.

Pasukan Bertindak Changi Ready, yang diketuai CAAS dan CAG, bekerjasama dengan pihak awam dan swasta merangkumi 18 anggota, termasuk agensi pemerintah, pengendali kargo, syarikat penerbangan dan penghantar pengangkutan.

Dalam satu taklimat media di Lapangan Terbang Changi semalam, pengarah (Industri Penerbangan) CAAS, Encik Ho Yuen Sang, selaku ketua bersama pasukan bertindak itu, berkata:

"Selama bertahun, Lapangan Terbang Changi telah membangun rekod prestasi kukuh mengendali farmaseutikal melalui udara, dengan perkhidmatannya bagi sektor pembuatan farmaseutikal Singapura. Kami mempunyai infrastruktur dan keupayaan mengendali rantaian sejuk yang baik."

Pengendali kargo CAG, dnata dan SATS, telah meningkatkan infrastruktur dan peralatan rantai sejuk mereka selama bertahun-tahun.

Gedung CoolChain dan Coolport SATS, dengan julat suhu yang boleh disesuaikan antara suhu bawah beku 25 darjah Celcius dengan 25 darjah Celcius meliputi lebih 9,000 meter persegi.

Kededua pengendali itu juga memperkenalkan doli (dolly) sejuk - bekas yang dikawal suhu yang direka khusus bagi barang sensitif suhu, yang membolehkan integriti dan penglihatan rantaian sejuk di landasan - ketika ia memindahkan vaksin antara pesawat dan gedung yang dikawal suhu mereka.

Persediaan itu dibuat bersama beberapa calon vaksin Covid-19 yang perlu disimpan pada suhu sangat sejuk, yang menunjukkan keberkesanan memberangsangkan.

Antaranya ialah daripada pembuat ubat Amerika Syarikat Pfizer, yang memerlukan penyimpanan suhu di bawah beku 70 darjah Celcius, sementara vaksin syarikat farmaseutikal Amerika Moderna perlu disimpan pada suhu di bawah beku 20 darjah Celcius.

Ketua kargo dnata Singapura, Encik Sam Gould, berkata: "Kami telah bersiap sedia lebih tujuh tahun, kami telah lama mengendalikan vaksin - ini bukan vaksin pertama yang tiba Singapura.

"Mungkin cabaran terbesar yang akan kami hadapi ialah adanya permintaan lebih besar."

Ais kering dianggap sebagai bahan penting dalam mengatasi masalah suhu sangat rendah, dan SATS, yang juga memiliki syarikat makanan, akan memanfaatkan kepakarannya dalam bidang ini.

Naib Presiden Kanan Khidmat Kargo SATS, Encik Nazri Othman, berkata: "Ia memberi kami kelebihan kerana kami menghasilkan ais kering kami sendiri. Ini memastikan bekalan ais kering tidak mengalami gangguan bagi memastikan pengendalian vaksin kami, mengikut keperluan, tidak terganggu."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3