Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Changi terpilih Lapangan Terbang Terbaik Dunia - 5 tahun berturut-turut

Mar 15, 2017 | 10:35 AM



LAPANGAN Terbang Changi dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia - lima tahun berturut-turut - oleh penumpang udara di Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2017.



Changi merebut kedudukan teratas tahun ini di depan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.



Ini kali kelapan Changi merebut gelaran antarabangsa itu di Anugerah Lapangan Terbang Dunia sejak ia diperkenal pada 2000.



Changi juga dinamakan sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Asia, dan Lapangan Terbang Terbaik bagi Kemudahan Senggang, gelaran yang dimenanginya sejak kategori anugerah itu diperkenal pada 2009.



Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2017 berdasarkan 13.8 juta pencalonan pelanggan meliputi 105 warga negara, dengan 550 lapangan terbang di seluruh dunia mengambil bahagian.



Kajian itu menilai kepuasan pelanggan dalam pelbagai petunjuk prestasi utama bagi perkhidmatan dan produk lapangan terbang - daripada daftar masuk, ketibaan, pemindahan, beli-belah, keselamatan dan imigresen, sehinggalah pelepasan di pintu gerbang.



Ketua Pegawai Eksekutif Changi Airport Group, Encik Lee Seow Hiang, berkata: "Memenangi Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia Skytrax bagi tahun kelima berturut-turut ialah galakan besar kepada masyarakat lapangan terbang yang seramai 50,000 orang di Lapangan Terbang Changi, dengan setiap seorang daripada mereka sangat bersemangat memberi pengalaman lapangan terbang paling diingati kepada penumpang kami.



"Pengiktirafan ini mengesahkan kepercayaan perkhidmatan kami yang kami pegang teguh selama ini - mementingkan penumpang dalam semua yang kami lakukan. Sedang kami memperluas kemudahan kami untuk berkhidmat kepada lebih ramai penumpang pada tahun-tahun akan datang, kami akan terus bekerja rapat dengan semua rakan lapangan terbang kami untuk meningkatkan lagi Pengalaman Changi."



Encik Edward Plaisted, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax, berkata: "Untuk terpilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik di dunia lima tahun berturut-turut adalah satu pencapaian luar biasa bagi Lapangan Terbang Changi, dan menggariskan populariti lapangan terbang itu dengan pelancong udara antarabangsa."



Senarai 10 teratas Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada 2017:



1. Lapangan Terbang Changi Singapura



2. Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda)



3. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon



4. Munich Airport



5. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong



6. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad



7. Lapangan Terbang Antarabangsa Central Japan



8. Lapangan Terbang Zurich



9. Lapangan Terbang Heathrow London



10. Lapangan Terbang Frankfurt




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >