Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Changi uji cuba pengimbas badan, mesin periksa bagasi tangan baru

Apr 22, 2016 | 03:19 PM



LAPANGAN Terbang Changi sedang menguji cuba sistem baru yang tidak setakat meningkatkan keselamatan, bahkan mengurangkan kesulitan bagi pelawat.



Ujian sedang dijalankan di dua pintu menaiki pesawat di Terminal 3 dari sekarang hingga Jun.



Yang pertama melibatkan penggunaan tomografi berkomputer (CT) peralatan pemeriksaan keselamatan baru untuk menyaring bagasi tangan.



Ini akan membolehkan pemeriksaan dilakukan tanpa penumpang perlu mengeluarkan alat elektronik seperti komputer riba dan tablet dari beg mereka dan menempatkannya di dalam dulang berasingan.



Bagi meningkatkan proses itu, ujian merangkumi sistem baru mengembalikan dulang secara automatik.



Ini akan membolehkan dulang diberi kepada dua penumpang serentak pada permulaan pemeriksaan, membolehkan mereka meletak beg mereka pada masa yang sama.



Dulang dikembalikan secara automatik ke garisan selepas setiap kitaran pemeriksaan selesai, oleh itu pegawai pemeriksaan keselamatan tidak perlu melakukannya secara manual.



Ini akan meningkatkan kecekapan pemeriksaan dan mengurangkan masa menunggu bagi penumpang, kata Changi Airport Group (CAG) semasa pratonton media pada Jumaat (22 Apr).



Satu ujian percubaan berasingan sedang dilakukan pada pengimbas badan baru.



Mesin itu menggunakan teknologi gelombang milimeter untuk mengesan logam dan barang bukan logam.



Selepas mengeluarkan barangan dalam poket mereka atau pada badan mereka, penumpang hanya perlu berjalan ke dalam pengimbas badan dan diimbas, satu proses yang mengambil masa beberapa saat.



Data itu akan dianalisis oleh algoritma komputer.



Jika barang tersembunyi dikesan, garis badan - yang tidak menunjukkan keluk badan dan bahagian sulit badan - akan menunjukkan di mana barang itu tersembunyi.



Ini membolehkan pegawai keselamatan mengezum pada kawasan yang dikenal pasti untuk memeriksa barang itu.



Jika tiada apa-apa dikesan, skrin hijau dengan 'OK' muncul dan penumpang dilepaskan dengan cepat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >