CHAS: Periksa subsidi dan baki tahunan di laman web

PESAKIT di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS), termasuk Generasi Perintis, boleh memeriksa subsidi yang telah mereka nikmati bagi penyakit kronik serta baki tahunan mereka melalui laman web CHAS atau taliannya.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan rakan klinik CHAS serta semua pesakit mempunyai peranan dalam memastikan sikap bertanggungjawab dan mengelak tuntutan palsu, kata Menteri Negara (Kesihatan), Dr Lam Pin Min, di Parlimen semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan