Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chee Hean beri ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham BJ Habibie

Sep 12, 2019 | 10:00 AM



MENTERI Kanan Singapura, Teo Chee Hean memberi penghormatan terakhir kepada mantan Presiden Republik Indonesia, Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie dan memberikan ucapan takziah kepada keluarganya pada hari Rabu (11 September.)



Encik Teo menerima berita itu sedang beliau sedang dalam perjalanan ke Jakarta untuk lawatan kerja.



Menurut kenyataannya di Facebook, Encik Teo berkata, “(Saya) sangat sedih apabila saya dimaklumkan bahawa mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie telah meninggal dunia.



“Beliau akan diingati kerana memimpin Indonesia dalam tempoh yang sukar, cintanya kepada negara, minatnya yang mendalam dalam kejuruteraan pesawat dan kepercayaannya yang kukuh terhadap perkhidmatan awam.”



Anak lelaki Allahyarham, Encik Thareq Kemal Habibie menyatakan Presiden ketiga itu meninggal dunia pada Rabu (11 September) di hospital tentera Gatot Subroto di Jakarta  di mana Allahyarham menerima rawatan bagi masalah jantung sejak 1 September.

   

Allahyarham BJ Habibie, merupakan Presiden ketiga Republik Indonesia, yang mempunyai tempoh khidmat sebagai Presiden yang paling singkat, hanya selama 16 bulan.



Walaupun tempoh khidmatnya sebagai Presiden adalah paling singkat, Allahyarham dikenang atas usahanya menstabilkan nilai rupiah semasa krisis mata wang Asia dan mengarahkan pelaksanaan pungutan suara yang membawa kepada kemerdekaan Timor Timur.



Sebelum menjawat sebagai Presiden, beliau dilantik menjadi Menteri Negara Penyelidikan dan Teknologi pada tahun 1978 hingga ke 1997 dan telah merintis jalan bagi pembuatan pesawat nasional yang diberi nama CN 25 Gatot Kaca.



Pada Mei 1998, Allahyarham BJ Habibie menggantikan Presiden Suharto sebagai Presiden selepas kepimpinan Encik Suharto runtuh pada Mei 1998. 



Namun, kepimpinan Allahyarham  berakhir apabila beliau menarik diri dari bertanding dalam pilihan raya Presiden pada Oktober 1999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >