Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chee Hong Tat akan sertai NTUC susuli rombakan Kabinet

Apr 23, 2021 | 03:58 PM



MENTERI Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat, akan menyertai gerakan buruh dan melepaskan jawatannya di Kementerian Ehwal Luar.



Beliau akan menggantikan Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, yang kini Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dalam perubahan yang akan berkuat kuasa pada 15 Mei.



Mengumumkan demikian pada Jumaat (23 April), Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau telah mengambil keputusan menugaskan Encik Chee, 47 tahun, ke gerakan buruh selepas berbincang dengan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Dalam kenyataannya pada Jumaat, NTUC berkata Encik Lee telah menulis kepada Presiden NTUC, Cik Mary Liew, pada Rabu (21 April), bagi meminta Dr Koh dilepaskan daripada tugasnya di NTUC agar beliau dapat kembali ke tugas sepenuh masa di khidmat pemerintah.



Dalam surat itu juga, Encik Lee memohon Jawatankuasa Pusat NTUC agar memikirkan kemungkinan menerima Encik Chee di dalam gerakan buruh.



Pada Khamis, Jawatankuasa Pusat NTUC berjumpa dan menerima permintaan Encik Lee, tambah kenyataan NTUC itu lagi.



Dalam suratnya kepada Cik Liew, Encik Lee berkata:



"Saya yakin Hong Tat, dengan jawatan kininya di Kementerian Pengangkutan dan pengalaman sebelum ini di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta khidmat awam dapat menyumbang kepada usaha NTUC mengekalkan mata pencarian dan masa depan pekerja kita."



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >