CALON Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, berkata semalam bahawa SDP akan terus bekerja keras dan berkhidmat kepada penduduk, selepas beliau tewas kepada calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Muralidharan Pillai, dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Batok, kelmarin.
Anggota Parlimen PAP yang baru itu menang dengan meraih 61.2 peratus undi, manakala Dr Chee menerima 38.8 peratus.