Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chee Meng ikut kanak-kanak Punggol belanja untuk Lebaran

Projek amal Beli-Belah Baju Hari Raya anjuran MAEC Kelab Masyarakat Punggol 21
May 21, 2019 | 05:30 AM



WAJAH mereka ceria. Mereka bergerak ke sana ke mari mahu mencari pakaian Hari Raya yang berkenan di hati.



Demikian gembiranya 166 kanak-kanak daripada 53 keluarga berpendapatan rendah di Punggol North, yang telah dibelikan pakaian baru Hari Raya dalam satu lawatan membeli-belah di Tanjong Katong Complex semalam.



Projek Beli-Belah Baju Hari Raya itu anjuran sukarelawan akar umbi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Punggol 21.



Ia bertujuan menyemaikan semangat memberi dan prihatin kepada kanak-kanak serta keluarga mereka agar mereka juga dapat menyambut dan menikmati keceriaan Hari Raya.



Turut hadir menyertai lawatan itu ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Pasir Ris-Punggol, Encik Ng Chee Meng.



"Melihat kanak-kanak ini gembira mencuba pakaian baru Hari Raya mereka membuatkan saya juga begitu gembira. Ia adalah satu usaha murni oleh sukarelawan kita untuk mengongsi keceriaan Hari Raya dengan kanak-kanak ini.



"Kami juga ingin tunjukkan kepada kanak-kanak ini dan keluarga mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Masyarakat kita sedia membantu mereka.



"Saya harap kanak-kanak ini pada satu hari nanti akan terdorong untuk turut membantu orang lain," katanya.



Ini merupakan tahun ketiga projek tersebut dikendalikan.



Setiap kanak-kanak diberikan $60 untuk berbelanja pakaian Hari Raya mereka.



Anggota MAEC Kelab Masyarakat Punggol 21 yang juga penganjur projek, Cik Rohana Amran, berkata:



"Kami gembira melihat wajah kanak-kanak dan keluarga mereka berseri ketika berbelanja pakaian baru. Melalui kegiatan, ia juga membantu mempererat hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka."



Bagi Cik Rohana sekeluarga, ini juga merupakan satu kegiatan kekeluargaan.



Beliau telah menggembleng tenaga bersama suaminya, Encik Juraimi Samat, 45 tahun, dan anak mereka, Cik Nur Wildani Juraimi, 20 tahun, untuk sama-sama menjayakan projek itu.



Antara penerima manfaat projek itu adalah Ar Farihin Nor Rashidi Amin, 11 tahun.



Bersama ibunya, Cik Azizah Ahmad, 56 tahun, mereka menghabiskan selama sejam di Tanjong Katong Complex mencari baju Melayu.



Ditanya perasaan mereka selepas lawatan membeli-belah itu, Ar Farihin mengukir senyuman manakala Cik Azizah meluahkan rasa syukur akan bantuan yang diterima.



"Saya gembira sebab ada yang sudi bantu kami. Dengan baju baru ini, anak saya tidak sabar untuk sambut Hari Raya tahun ini," katanya.




"Melihat kanak-kanak ini gembira mencuba pakaian baru Hari Raya mereka membuatkan saya juga begitu gembira. Ia adalah satu usaha murni oleh sukarelawan kita untuk mengongsi keceriaan Hari Raya dengan kanak-kanak ini. Kami juga ingin tunjukkan kepada kanak-kanak ini dan keluarga mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Masyarakat kita sedia membantu mereka. Saya harap kanak-kanak ini pada satu hari nanti akan terdorong untuk turut membantu orang lain.''
- Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Pasir Ris-Punggol, Encik Ng Chee Meng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >