Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Chee Meng: Pemimpin kesatuan berperanan sebagai 'jambatan'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Chee Meng: Pemimpin kesatuan berperanan sebagai 'jambatan'

Jun 08, 2019 | 05:30 AM

PEMIMPIN kesatuan memainkan peranan penting, sebagai pemberi motivasi, terutamanya dalam ekonomi yang pesat berubah dan teknologi yang mengganggu industri, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.

Encik Ng berkata mereka boleh menjadi 'jambatan' antara pihak pengurusan dengan pekerja kerana mereka mempunyai kepercayaan kedua-dua pihak itu.

"Apabila mereka memahami teknologi yang mengganggu berada di depan pintu kita dan mereka yakin yang kita perlu bergerak, mereka memainkan peranan penting untuk menggerakkan pekerja kita agar kita dan syarikat boleh menjalani transformasi bersama," kata beliau.

Encik Ng menambah bahawa pemimpin kesatuan juga memainkan peranan penting dalam konteks masyarakat, dengan kerjasama kesatuan dan syarikat akan membolehkan seluruh ekonomi bergerak ke arah transformasi industri.

"Mengapakah penting bagi industri menjalani transformasi? Ini kerana gambaran lebih besar adalah bagi ekonomi Singapura terhubung kepada dunia digital, memanfaatkan peluang baru dan potensi ekonomi baru, dan mencipta kejayaan bagi negara kita.

"Justeru, dari kepentingan di tempat kerja hingga ke ekonomi luas, pemimpin kesatuan memainkan peranan dalam masyarakat kita," kata beliau.

Sempena Hari Raya ini, mesej Encik Ng kepada pemimpin kesatuan dan pekerja ialah agar mereka mereka terus mempertingkatkan diri dan kemahiran.

"Bagi pemimpin kesatuan, mesejnya adalah agar terus berusaha dan menjadi contoh. Kita sendiri menjalani latihan untuk mengikuti perkembangan dan kita sendiri mempertingkat kemahiran untuk mara supaya kita boleh menjadi pendorong kepada pekerja di luar sana," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3