Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cheng Bock ingin wujud pakatan pembangkang

Setiausaha Agung Parti Kemajuan S'pura dakwa urus tadbir negara sudah terhakis
Jul 27, 2019 | 05:30 AM



PARTI Kemajuan Singapura (PSP), ingin menjadi parti alternatif yang menyatupadukan, dan sedang dalam perbincangan dengan parti pembangkang lain untuk mewujudkan satu pakatan tidak rasmi.



Demikian menurut setiausaha agung parti itu, Dr Tan Cheng Bock, yang semalam berkata beliau menubuhkan parti politik



terbaru itu kerana beliau percaya tadbir urus di negara ini semakin terhakis.



Dalam satu sidang akhbar di Swissotel Merchant Court, mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan mantan calon Pilihan Raya Presiden itu berkata beliau telah didekati parti pembangkang lain untuk membentuk satu perikatan tidak rasmi.



"Itulah niat kita. Ia susah. Ramai personaliti yang terlibat. Tetapi ia tidak mustahil," ujar Dr Tan.



Tambahnya, beliau telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan parti pembangkang lain.



"Saya boleh berkata dengan yakin sekarang, saya kenali (pemimpin parti pembangkang lain) secara peribadi. Kami mungkin mencapai semacam satu persefahaman," katanya lagi.



Satu perkara yang jelas ialah ramai parti pembangkang ingin mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya, kata Dr Tan.



Dalam sidang akhbar menjelang pelancaran rasmi partinya minggu depan, Dr Tan, 79 tahun, berkata beliau sebenarnya ingin bersara daripada politik selepas Pilihan Raya Presiden yang lalu. Mentelah, beliau telah berkhidmat selama 26 tahun sebagai AP, di kawasan Ayer Rajah.



"Tetapi sedang saya duduk dan lihat apa yang berlaku di Parlimen, dan dalam sistem politik kita - saya prihatin.



"Saya bimbang kerana saya lihat asas tadbir urus baik yang terhakis," ujarnya.



Dr Tan menyebut dua contoh perkara yang beliau tidak setujui - perubahan sistem Pilihan Raya Presiden untuk mengambil kira faktor kaum, serta cara pemerintah menangani isu rumah mendiang Encik Lee Kuan Yew di Oxley Road.



Sementara itu, Dr Tan turut ditanya apakah Encik Lee Hsien Yang akan menyertai parti itu sedang adik Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, itu pernah bergambar semasa bersarapan bersama Dr Tan baru-baru ini.



Dr Tan berkata beliau dan Encik Lee Hsien Yang itu berkawan baik, dan beliau akan mengalu-alukannya penglibatannya 'selagi beliau mengikuti syarat PSP saya'.



"Ramai yang mungkin fikir beliau akan masuk kerana agenda peribadi beliau. Beliau perlu jelaskan apa agenda peribadinya.



"Saya jelas tentang hal ini dan beliau juga tahu," ujar Dr Tan.



Dalam acara semalam, Dr Tan turut mendedahkan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat PSP termasuk pengerusi, Encik Wang Swee Chuang, dan penolong bendahari, Cik Hazel Poa, mantan setiausaha agung Parti Perpaduan Nasional (NSP).



Seorang lagi anggota CEC, ialah Encik Abdul Rahman Mohamad, yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2006 di GRC Tampines, sebagai calon Perikatan Demokratik Singapura (SDA).



"Saya pernah menyertai politik pada 2006. Sekarang saya ingin kembali kerana kita lihat banyak perubahan, yang tidak datangkan kepuasan kepada masyarakat.



"Kita perlu lebih pentingkan masyarakat daripada kepentingan parti atau individu," ujar Encik Abdul Rahman, 67 tahun, seorang jurutera perunding.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >