Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLING

Cherie Tan muncul naib Juara Terbuka Wanita Amerika Syarikat

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



ATLET boling nasional Cherie Tan muncul sebagai naib juara Terbuka Wanita Amerika Syarikat selepas beliau kecundang di final kepada wakil Amerika Josie Barnes.



Beliau menjatuhkan 194 pin untuk kalah tipis 194-198 dalam final acara 'step-ladder' kelmarin.



Tan telah melayakkan diri ke final tersebut sebagai pilihan kedua, dan menewaskan Shannon Pluhowsky 178-166 di separuh akhir.



Final diadakan di Double Decker Lanes di California.



Pencapaian mendapat tempat kedua itu bermakna Tan memenangi US$50,000 (S$67,300), sementara Barnes memenangi hadiah juara iaitu US$100,000.



Tan berkata: "Saya rasa saya beraksi dengan baik. Kebanyakan lontaran bola saya tepat mengikut apa yang saya mahukan, tetapi kesudahannya bukan seperti yang diharapkan.



"Lorong boling tidak seperti yang saya sangkakan dan saya terpaksa membuat pertukaran yang cepat. Namun, pertukaran yang saya lakukan tidak menjadi, terutama bagi lorong kiri. Tahniah Josie."



Terbuka Wanita AS ini adalah kejohanan utama kedua di tour Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) 2021.



Tan, bersama rakan sepasukan seperti Shayna Ng, Daphne Tan, New Hui Fen, Jazreel Tan dan Bernice Lim, telah pergi ke Amerika sejak dua minggu lalu untuk bertanding di Terbuka Spokane (PWBA) dan Terbuka Wanita AS.



Ketua jurulatih national Helmi Chew mengucapkan tahniah kepada anak didiknya kerana berjaya mengharungi cabaran beraksi dalam 56 perlawanan dalam tempoh lima hari.



Pada 2019, Tan mencatat sejarah apabila beliau menjadi warga Singapura pertama memenangi kejuaraan Masters di kejohanan wanita Bowling Sedunia. Beliau juga adalah wakil dari Asia pertama yang memenangi Kejohanan Pemain Persatuan Boling Wanita Profesional.



Pada Januari tahun lalu, beliau juga dipilih sebagai Atlet Boling Terbaik Sedunia oleh pihak awak dan pihak berkepentingan boling antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >