Chew hadapi 25 tuduhan menipu, ugutan jenayah

PEMILIK syarikat telekomunikasi Mobile Air yang kini telahpun ditutup, Jover Chew, dan empat lelaki telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi berhubung beberapa kes penipuan di kedai milik mereka di Sim Lim Square.

Kelima-lima mereka, berusia antara 31 dan 38 tahun, telah diberkas kelmarin "bagi satu siri kes penipuan" menurut polis dalam kenyataannya.

Setiap seorang tertuduh menghadapi antara satu hingga 26 tuduhan. Chew sahaja menghadapi 25 tuduhan menipu melibatkan sejumlah $14,449 dan satu tuduhan ugutan jenayah.

Chew diwakili peguam, Encik Chia Kok Seng, tidak mengemukakan sebarang pengakuan. Peguamnya meminta mahkamah memberi masa untuk beliau mendapatkan arahan lanjut dari anak guamnya, dan satu sidang praperbicaraan telah ditetapkan pada 25 Jun ini.  

Empat rakan Chew pula menghadapi antara satu hingga 15 tuduhan menipu.

Seorang daripadanya, Koh Guan Seng, 38 tahun, menghadapi 15 tuduhan menipu melibatkan $9,789. Kam Kok Keong, 31 tahun, menghadapi lapan tuduhan menipu melibatkan $3,710.

Edmund Lim Hong Ching, 33 tahun, menghadapi dua tuduhan menipu melibatkan $1,600.

Kelvin Lim Zhi Wei, 32 tahun hadapi satu tuduhan menipu melibatkan $330.

Keempat-empat mereka tidak diwakili dan menyatakan kepada mahkamah bahawa mereka ingin mengaku salah di satu tarikh lain.

Kes mereka akan didengar lagi pada 19 Jun ini.

Beberapa laporan polis telah dibuat pada 2014 terhadap kedai telekomunikasi itu kerana mengamalkan corak penjualan yang tidak jujur.

Pelanggan berkata, mereka dipaksa membeli telefon bimbit dan jaminan kedai itu pada harga yang sengaja ditinggikan.

"Kesemua mangsa akhirnya membayar harga tinggi bagi telefon bimbit mereka atau perlu membayar yuran untuk membatalkan perjanjian itu," kata polis lagi.

Polis telah menjalankan siasatan susulan menyeluruh, dan menyoalsiasat mangsa dan saksi untuk mengumpulkan bukti sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara untuk mengheret mereka ke mahkamah.

Pada pagi tadi, Chew dan dua lelaki telah dibawa dari tahanan reman dalam sebuah van polis ke Mahkamah Negara kira-kira 7.30 pagi.

Seorang lagi bekas pekerja Mobile Air, Edmund Lim Hong Ching, dilihat tiba di Mahkamah Negara pada 8.50 pagi.

Dia juga dikenali sebagai Ricky Lee dan Wilfred, dan mengambil alih kedai Chew selepas ia ditutup dan Chew menghilangkan diri lewat tahun lalu.

Chew dan kedainya menarik perhatian umum selepas satu video yang memaparkan seorang pelancong Vietnam menangis dan merayu kepada kakitangan di kedai Chew uagar mengembalikan wangnya mendapat perhatian ramai pada November tahun lalu.

Pelancong itu, seorang pekerja kilang. Encik Pham Van Thoai, mulanya ditawarkan harga $950 untuk sebuah telefon bimbit jenis iPhone 6 yang beliau ingin beli untuk temanitanya.

Tetapi beliau kemudian diminta membayar wang tambahan sebanyak $1,500 sebagai jaminan untuk telefon itu.

Encik Thoai diberitahu sekiranya beliau gagal membuat bayaran tambahan itu, beliau bukan sahaja akan kehilangan $950 tetapi juga telefon baru itu.

Encik Thoai kemudian melutut dan merayu dengan Chew agar mengembalikan wangnya.

Selepas rakaman video itu 'meledak', orang ramai mula memuatnaikkan butir peribadi Chew ke Internet, menyebabkannya menutup kedai itu.

Satu kempen mengumpul derma terbuka diadakan untuk membeli satu telefon baru untuk Encik Thoai.

Kira-kira $15,500 telah dikumpulkan, dengan $1,538 digunakan untuk membeli sebuah iPhone untuk dirinya, tetapi Encik Thoai enggan menerima hadiah itu, kecuali kira-kira $200 untuk barangan makanan daripada warga Singapura.

Chew sekali lagi mendapat sorotan ramai apabila dia mengembalikan wang menggunakan duit syiling berjumlah $1,010 kepada seorang wanita, di mana wang syiling itu merangkumi wang syiling lima sen yang beratnya mencecah 18 kilogram, pada Oktober lalu.

Wanita dari China itu telah membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Kecil selepas Mobile Air menuntut bayaran tambahan $1,400 untuk sebuah telefon bimbit.

Akhbar berbahasa Cina, Shin Min Daily News melaporkan pada Khamis lalu bahawa Chew sedang menikmati sarapan bersama ibunya sehari sebelum dia menerima panggilan untuk melaporkan diri di balai polis pada 3 petang.

Dia memberitahu ibunya, bahawa dia perlu berada di balai polis selama 48 jam, dan akan didakwa pada pagi ini, menurut laporan Shin Min.

Chew meninggalkan Mahkamah Negara kira-kira 3.45 petang tadi, selepas ibunya mengemukakan ikat jamin $40,000. 

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:29
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.