AHLI politik pembangkang, Encik Chiam See Tong, telah menyampaikan salam takziahnya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong di atas kematian bapanya, Encik Lee Kuan Yew.
Dalam suratnya Encik Chiam yang juga setiausaha agung Parti Rakyat Singapura (SPP) menulis:
"Tiada siapa yang telah membentuk Singapura moden selain Lee Kuan Yew, sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 1959.
"Beliau seorang lelaki yang berjaya dalam pelbagai kegiatan.
"Beliau akan sentiasa berada dalam sejarah, kekal untuk generasi akan datang, simbol kejayaan Singapura," katanya.
Encik Chiam, 80 tahun juga menyampaikan penghormatannya kepada mendiang Encik Lee yang diaggapnya seorang pemimpin hebat, pakar dalam prosedur Parlimen dan dassar-dasar awam.
"Beliau tampil ketika Singapura dilanda banyak masalah, daripada isu domestik sehinggalah kepada isu antarabangsa.
"Beliau tampil seperti mana Britain memerlukan mendiang Winston Churchill ketika Perang Dunia Kedua - sering mengambil pendekatan jauh tentang Singapura.
"Ketiadaannya semasa sambutan Hari Kebangsaan ke-50 lewat tahun ini pasti meninggalkan kesan ke atas kita," kata beliau.