Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

China beri mendiang Lee Kuan Yew penghormatan 'sumbangan cemerlang'

Dec 19, 2018 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew diberi penghormatan semalam di atas sumbangan beliau dan Singapura dalam pembangunan China.



Mendiang diberi penghormatan anugerah Pingat Rombakan dan Persahabatan China dalam satu majlis menandakan ulang tahun ke-40 tahun China diadakan di Dewan Great Hall of The People.



Encik Alan Chan, pengerusi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Pengerusi Yayasan Singapura-China dan mantan Setiausaha Peribadi Lee Kuan Yew, telah dilantik pemerintah Singapura untuk menerima anugerah bagi pihak mendiang Encik Lee, kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



"Anugerah itu diberikan bagi mengiktiraf sumbangan Singapura dan sokongan jangka panjang dan padu diberikan bagi pembangunan China sejak bertahun-tahun lalu,'' ujar kenyataan MFA.



Encik Lee menjalin hubungan persahabatan yang mendalam dengan mantan pemimpin China, Encik Deng Xiaopeng selepas Encik Deng melawat Singapura pada 1978.



Ketika itu, Encik Deng menyatakan bahawa China harus belajar daripada pengalaman Singapura menjadi sebuah negara moden.



Selain Encik Lee, tokoh asing lain yang diberi anugerah tersebut termasuk pengasas Forum Ekonomi Sedunia (WEF), Encik Klaus Schwab; dan pemilik firma Panasonic, Encik Matsushita Konosuke, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Seramai 100 warga China diberi Anugerah Rombakan China bagi sumbangan cemerlang mereka sejak 40 tahun lalu.



Antara mereka ialah pengasas gerbang e-dagang Alibaba, Encik Jack Ma; mantan bintang bola keranjang NBA Encik Yao Ming; pengasas enjin pencari Baidu, Encik Robin Li; dan mantan pengarah umum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Margaret Chan.



Dalam ucapannya kepada ratusan pegawai, pemimpin perniagaan dan diplomat, Presiden China Xi Jinping memberi penghargaan kepada mereka yang telah membuat sumbangan cemerlang kepada gerakan yang dilancarkan mendiang Encik Deng pada 1978.



Presiden Xi membandingkan perkembangan China sebagai satu 'perjalanan berguruh' dan berduri.



"Parti Komunis China telah mengetuai rakyat China dalam melukis gambar dengan skala mengagumkan, serta pujian yang menyentuh hati untuk maju ke hadapan,'' kata Presiden Xi.



China telah melaksanakan rombakan dalam semua sektor masyarakat sejak empat dekad lalu, tambahnya.



Negara itu telah dirombak dari sebuah ekonomi tradisional kepada sebuah ekonomi pasaran sosialis.



Ia termasuk menjalankan rombakan mendalam dan menyeluruh dalam arena ekonomi, politik, budaya dan sosial.



Presiden Xi juga memberi penghargaan kepada warga asing yang melaksanakan pelbagai tugas membantu China dalam rombakan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >