Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG SHANGRI-LA

China, SG perkukuh kerjasama pertahanan

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pertahanan Nasional China, Jeneral Wei Fenghe, yang sedang melawat Singapura sempena Dialog Shangri-La dari hari ini hingga Ahad, telah mempengerusikan bersama Dialog Menteri Pertahanan Singapura-China dengan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, semalam.



Diadakan buat kali pertama, dialog yang berlangsung di ibu pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) itu merupakan inisiatif di bawah Perjanjian Pertukaran Pertahanan dan Kerjasama Keselamatan (ADESC) dipertingkat yang dimeterai Singapura dan China pada 2019.



Menerusi satu kenyataan, Mindef berkata kedua-dua menteri mengesahkan lagi komitmen mereka untuk memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala dengan mengadakan semula dan kerap menjalankan latihan dua hala utama, yang dihentikan buat sementara disebabkan pandemik Covid-19.



"Kedua-dua menteri juga berbincang tentang isu keselamatan global dan cara praktikal untuk memperkukuh pertukaran pertahanan Asean-China serta kerjasama di bawah rangka kerja Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus," tambahnya.



Dr Ng dan Jeneral Wei turut menyaksikan pemeteraian perjanjian yang akan mempertingkat kerjasama dalam bidang pendidikan tentera dan pertukaran akademik antara akademi tentera dan kumpulan pemikir, seperti yang dipersetujui di bawah ADESC yang dipertingkat.



Menurut Mindef, kunjungan Jeneral Wei menekankan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan sudah lama dijalin antara Singapura dengan China yang telah berkembang dan menjadi lebih erat selama ini.



Jeneral Wei juga akan bertemu dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.



Beliau akan turut bercakap dalam sesi plenari bertajuk Visi China bagi Aturan Serantau di Dialog Shangri-La lusa.



Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, pula akan bercakap tentang dasar pertahanan Washington di Indo-Pasifik esok.



Sidang puncak keselamatan itu akan membuka tirainya hari ini dengan ucapan dasar yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, malam ini.



Ucapan dasarnya akan membentangkan kenyataan penting tentang pandangan strategik Jepun yang kian berubah, akibat perang di Ukraine bagi rantau ini serta cara terbaik untuk menangani pelbagai cabaran keselamatan mendesak Asia Pasifik.



Presiden Halimah Yacob juga akan mengadakan jamuan malam bagi anggota delegasi di Istana esok.



Keprihatinan tentang persaingan geopolitik membentuk tema utama bagi tujuh sesi plenari yang akan diadakan sepanjang Dialog Shangri-La tahun ini.



Sidang puncak itu akan berakhir dengan ucapan oleh Dr Ng tentang idea baru untuk menjamin kestabilan serantau.



Menurut Mindef, Dr Ng juga akan mengadakan perbincangan meja bundar bersama menteri yang hadir bagi Dialog Shangri-La esok dan lusa.



Tambahnya, beliau akan turut mengadakan pertemuan dua hala dengan menteri dan pegawai kanan dari pelbagai negara di sisi acara sidang puncak tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >