Chingay maya cerminan kerjasama SG berinovasi agar terus maju dalam suasana sukar, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Chingay maya cerminan kerjasama SG berinovasi agar terus maju dalam suasana sukar

Feb 25, 2021 | 05:30 AM

BIARPUN Chingay diadakan secara maya tahun ini, ia merupakan contoh bagaimana Singapura boleh bekerjasama untuk berinovasi supaya dapat kekal relevan dan terus maju dalam apa jua keadaan yang sukar.

Dalam pada itu, ia juga membolehkan warga Singapura berkongsi bakat melepasi sempadan negara.

Demikian menurut Presiden Halimah Yacob yang melahirkan penghargaannya pada majlis penghargaan Chingay 2021 yang diadakan di Istana semalam.

Sekitar 20 tetamu termasuk penaja, penderma dan wakil pertubuhan yang menyertai Chingay tahun ini hadir dalam acara itu.

Melahirkan penghargaannya kepada Persatuan Rakyat (PA), Kumpulan Tote Board, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan semua penyumbang korporat dan masyarakat yang terlibat dalam Chingay, Puan Halimah turut berbesar hati bahawa acara tersebut berjaya meraih kira-kira satu juta tontonan di televisyen dan pelbagai saluran dalam talian.

Berita Popular

Dalam pada itu, melakukan acara tersebut secara maya memberi peluang kepada negara ini meluaskan kerjasama kebudayaannya, lantas membolehkan kesemua 10 negara Asean menyertai Chingay, iaitu buat kali pertama dalam 49 tahun ia dianjurkan, kata Puan Halimah.

"Chingay tahun ini juga menyediakan wadah bagi warga Singapura berkongsi bakat melepasi sempadan kita. Banyak bakat unik dalam masyarakat telah menyahut seruan agar mempamerkan kreativiti mereka dan menyebarkan keceriaan kepada orang lain.

"Ia menaikkan semangat apabila melihat bakat tempatan muda kita tampil berkongsi minat dan impian mereka," tambahnya.

Presiden Halimah mengakui bahawa menonton Chingay 2021 menerusi penstriman langsung merupakan pengalaman berbeza memandangkan ia tidak seperti acara sebelum ini dengan puluhan ribu penonton dapat hadir secara fizikal.

Namun, beliau berkata suasana yang bersemangat dan bertenaga masih dapat dirasakan dengan kesan digital seperti CGI mempertingkat lagi pengalaman menonton.

Dengan pandemik Covid-19, semua perlu menyesuaikan diri dengan norma baru.

"Saya juga berbesar hati bahawa semangat pihak berkepentingan korporat dan masyarakat kita tidak pudar oleh keadaan sekarang. Dengan sokongan kuat daripada relawan, penderma dan rakan berbeza, persembahan itu tentunya membawa harapan dan keceriaan kepada warga Singapura di serata pulau ini," katanya lagi.

Perarakan jalan Chingay yang dipersembah secara digital Sabtu malam lalu bertemakan Cahaya Harapan (Light of Hope).

Ia menampilkan kira-kira 2,000 peserta dan 150 pertubuhan dari Singapura dan serata dunia yang mengadakan pelbagai persembahan.

Persembahan digital itu juga melibatkan penggunaan kesan gambar yang dihasilkan komputer yang menggabungkan persembahan fizikal dan maya daripada enam segmen perbarisan.

Ini termasuk persembahan pembukaan oleh peserta daripada 18 kumpulan tarian tempatan yang khusus dalam pelbagai genre termasuk Latin, hip-hop dan balet, dan satu aksi yang meraikan budaya penjaja Singapura.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map