Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Choa Chu Kang Waterworks akan diubah jadi kemudahan rawatan air terkini

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



CHOA Chu Kang Waterworks (CCKWW), salah satu loji rawatan air paling lama di Singapura, akan menjalani pembinaan semula dan diubah menjadi kemudahan rawatan air terkini yang dilengkapi dengan keupayaan bijak, umum agensi air negara PUB semalam.



Kerja pembinaan bagi CCKWW dijangka bermula tahun depan dan siap menjelang 2026.



Kerja naik taraf berjumlah $28.8 juta itu akan dilakukan oleh syarikat perundingan dan reka bentuk kejuruteraan Binnies Singapore, kata PUB.



Apabila siap diubah suai, loji itu akan mempunyai teknologi rawatan air baru, termasuk sistem penapisan membran lanjut dan sistem persiapan kimia automatik.



Ini menggantikan alat dan bangunan sedia ada yang dibina sebelum 1981.



Prasarana yang telah dinaik taraf sebelum ini pada 2019 tidak akan terjejas oleh pembinaan semula yang akan dijalankan.



CCKWW yang bakal diubah suai juga akan dilengkapi teknologi bijak seperti CCTV yang mempunyai keupayaan analitik video di mana ia boleh menghantar amaran automatik sekiranya sebarang perkara yang tidak normal ditemui contohnya kakitangan loji tidak memakai Alat Perlindungan Peribadi yang betul.



Panel suria di atas bumbung baru juga akan ditambah untuk menjana kuasa bagi keperluan operasinya dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.



CCKWW boleh memproses air mentah sehingga 80 juta gelen dalam sehari, merawat air dari kolam air dari kawasan tadahan barat.



Ini termasuk Kolam Air Kranji, Pandan, Tengeh, Poyan, Sarimbun dan Murai.



Pembinaan semula dan perubahan loji itu akan meningkatkan operasi, penyelenggaraan, dan keselamatannya apabila siap nanti, kata PUB sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW) 2021.



Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu dalam ucapan pembukaannya semalam berkata Singapura berharap dapat menyumbang kepada keselamatan air global menerusi kerjasama.



Sepanjang dua dekad lalu, PUB telah terlibat dalam sekitar 660 projek penyelidikan, bekerjasama dengan rakan dari 30 negara, termasuk penyelidik dari universiti, syarikat industri air dan pertubuhan utiliti.



Cik Fu berkata PUB kini sedang bekerjasama dengan rakan dalam mengurangkan karbon dari atmosfera menggunakan air laut dan aliran sisa lain. "Kami berharap penyelidikan ini boleh membawa kami kepada huraian baru yang mengurangkan dengan drastik pengeluaran karbon kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >