Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Chuan-Jin: Pemimpin perlu ada kebolehan lihat gambaran lebih luas

Perlu awas tentang penyebaran maklumat palsu dalam politik
Mar 12, 2022 | 05:30 AM



SEMENTARA kisah individu yang disampaikan adalah penting, pemimpin juga harus memiliki keupayaan melihat trend dan gambaran lebih besar, kata Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.



Bercakap tentang maklumat palsu dalam politik yang membelenggu masyarakat lain di dunia ini, Encik Tan berkata kisah individu ini amat berkesan bagi menggambarkan jurang dan keprihatinan, bahkan berupaya menghasilkan dasar lebih baik yang boleh membantu lebih ramai orang.



Malah, sesetengah kisah individu ini juga boleh menjadi sumber inspirasi.



Namun, sesetengah pihak juga mungkin menggunakan kisah yang palsu, tidak benar sepenuhnya atau tidak sesuai dengan konteks, dan ini boleh mengakibatkan pelbagai implikasi, kata Encik Tan.



"(Perkara) penting bagi kami semua sebagai pemimpin di Parlimen ini... adalah untuk memahami bahawa (taktik ini) berkesan. Sebab itulah kami dapat melihat ramai ahli politik menggunakannya.



"Bertambahnya populariti pihak sayap kanan atau sayap kiri merupakan antara contoh dan kami juga dapat melihat mereka yang menggunakan sentimen antiwarga asing... serta bangsa dan agama.



"Jadi adakah kami akan bersikap tidak bertanggungjawab dengan kisah yang kita gunakan? Adakah kita hanya mengambil fakta daripada kumpulan sembang atau dari mana-mana? Dan adakah kita menggunakan kisah yang diberitahu kepada kita tanpa memeriksa sama ada ia benar?" ujarnya.



Encik Tan berkata ini hakikatnya dan ia tidak akan berubah.



Namun, soalan penting yang harus ditanyakan, khususnya bagi Anggota Parlimen (AP), adalah bagaimana mereka boleh memainkan peranan mereka.



"Adakah kami mengambil kesempatan terhadap jurang dalam trend ini atau adakah kami akan mengatasinya dan mungkin mengambil haluan lain?" ujarnya.



Tambahnya, pemimpin memimpin hanya kerana ada rasa yakin dan hormat, dan sekiranya nilai ini musnah, tiada dasar lagi untuk memimpin.



Encik Tan berkata negativiti dan maklumat palsu seringkali bertujuan memusnahkan keyakinan itu.



Dalam ucapan penutupnya di akhir perbahasan Belanjawan dan Jawatankuasa Perbekalan (COS) tahun ini di Parlimen semalam, beliau turut menarik perhatian pentingnya rizab negara ini.



Semasa perbahasan itu, beberapa AP pembangkang tampil mengusul untuk antara lain membelanjakan lebih banyak rizab negara agar negara tidak perlu menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



"Cara termudah bagi sebarang pemerintah adalah untuk berbelanja dan memastikan pengundi mereka terus gembira.



"Bagi saya, adalah amat naif dan bodoh dari segi politik untuk bercakap tentang belanjawan yang seimbang dan kenaikan cukai sedang mereka mempunyai rizab," ujar beliau.



Namun sekiranya terdapat keperluan pada masa akan datang, Encik Tan berkata beliau pasti Kementerian Kewangan (MOF) akan tampil dan melakukan apa yang diperlukan.



Dan pemerintah hanya dapat melakukan demikian disebabkan rizab sihat yang dimiliki negara ini.



"Sedang kita semua menghadapi pelbagai cabaran di dunia ini, kami boleh berasa yakin bahawa kami mampu untuk menjaga rakyat kita dan menjaga mereka dengan baik, sekarang dan pada masa akan datang," katanya.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, turut menarik perhatian bahawa sedang pelbagai saranan telah dikemukakan sebagai alternatif kepada kenaikan GST, ia tidak mencapai jumlah pendapatan yang mencukupi.



Menerusi laman Instagram beliau semalam, Encik Wong berkata langkah menaikkan cukai bukan langkah yang popular tetapi langkah yang betul harus diambil untuk memastikan kewangan negara dapat diuruskan dengan baik.



"Kami akan memastikan perubahan cukai ini dilaksana dengan adil dan inklusif serta tidak menjejas golongan berpendapatan rendah," ujarnya.




"(Perkara) penting bagi kami semua sebagai pemimpin di Parlimen ini... adalah untuk memahami bahawa (taktik ini) berkesan. Sebab itulah kami dapat melihat ramai ahli politik menggunakannya.

Bertambahnya populariti pihak sayap kanan atau sayap kiri merupakan antara contoh dan kami juga dapat melihat mereka yang menggunakan sentimen antiwarga asing... serta bangsa dan agama. Jadi adakah kami akan bersikap tidak bertanggungjawab dengan kisah yang kita gunakan? Adakah kita hanya mengambil fakta daripada kumpulan sembang atau dari mana-mana? Dan adakah kita menggunakan kisah yang diberitahu kepada kita tanpa memeriksa sama ada ia benar."

- Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >