Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chuan-Jin ucap selamat tinggal, renungi khidmat di bawah MSF

Sep 11, 2017 | 05:30 AM



BERTUGAS di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merupakan impian yang menjadi kenyataan, kata Encik Tan Chuan-Jin dalam nota perpisahannya semalam.



Encik Tan telah melepaskan jawatan menterinya di kementerian tersebut bagi membolehkan dirinya dicalonkan sebagai Speaker Parlimen hari ini.



Menurutnya, beliau memang berharap menyertai MSF apabila kali pertama memasuki bidang politik pada 2011.



Dalam nota yang dikirim ke laman MSF, di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan, Encik Tan berkata:



"Hari ini hari terakhir saya di MSF... Saya sangat gembira ditugaskan ke sini pada 2015."



Mengimbas kembali tempoh dua tahun di MSF, Encik Tan berkata beliau amat mempercayai misi kementerian tersebut bagi memupuk individu berdaya tahan, keluarga kukuh dan masyarakat penyayang.



Program yang dekat di hatinya ialah KidStart, yang bertujuan membantu keluarga seawal mungkin.



KidStart menawarkan pelbagai bantuan buat kanak-kanak berusia sehingga enam tahun daripada keluarga kurang bernasib baik.



Sekitar 400 keluarga kini mengikuti skim percubaan itu, yang bermula setahun lalu.



"Campur tangan awal boleh mencetus kelainan. Kami mahu membantu keluarga seawal mungkin demi menolong kanak-kanak berada di peringkat permulaan sama, supaya mereka mempunyai peluang lebih cerah pada masa depan," katanya.



Menurutnya, pemerintah juga menubuhkan rangkaian Pejabat Khidmat Sosial (SSO) dan Pusat Khidmat Keluarga (FSC) bagi membantu keluarga dalam kesusahan memperbaiki keadaan.



"Keluarga unit terpenting dalam masyarakat dan penting bagi memastikan hubungan kekal kukuh dalam kalangan keluarga terdekat dan keluarga lebih besar," ujarnya.



Sedang program dan dasar MSF telah membantu melakar asas masyarakat inklusif dan penyayang, beliau juga menggalak masyarakat membina negara yang menerima dan menyokong golongan kurang upaya serta penjaga mereka.



Encik Tan akan dicalonkan sebagai Speaker Parlimen bila Dewan bersidang hari ini.



Speaker tidak boleh dipilih daripada kalangan Anggota Parlimen yang memegang jawatan dalam pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >