Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Badan Bantu Diri main peranan penting pupuk hubungan antara kaum

Aug 29, 2021 | 05:30 AM



BADAN Bantu Diri (SHG) memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan kukuh antara masyarakat dari pelbagai kaum, terutamanya semasa pandemik Covid-19 ini, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Meskipun wabak ini telah menimbulkan beberapa cabaran bagi pelajar dan guru-guru di Singapura, beliau berkata keempat-empat SHG, sebagai rakan utama dalam pendidikan, telah berjaya bekerjasama untuk menyokong pelajar melalui wabak tersebut.



SHG terdiri daripada Yayasan Mendaki, Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Serani (EA), dan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda).



Dalam ucapan beliau semasa upacara penyampaian Anugerah Tuisyen Bersama SHG ke-18 petang semalam, Encik Chan memuji dedikasi semua tutor serta kakitangan yang telah menghulur bantuan kepada pelajar pada tempoh yang mencabar ini.



"Walaupun terjejas oleh Covid-19, anda terus menghubungi semua pelajar yang memerlukan dan keluarga mereka, supaya dapat menunaikan janji kepada setiap warga Singapura.



"Selagi anda dilahirkan sebagai seorang warga Singapura dan anda berusaha keras, kami akan melakukan yang terbaik untuk menawarkan peluang untuk memenuhi potensi anda," katanya.



Semalam, seramai 630 pelajar dari keempat-empat SHG telah diiktiraf atas kecemerlangan akademik yang mereka raih semasa Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N' dan 'O', tahun lalu.



Antaranya daripada Mendaki ialah pelajar Amira Akhtar, 13 tahun, yang kini menuntut di Maktab Rendah Nasional (NJC) di bawah Program Bersepadu (IP).



Amira, yang meraih anugerah Pelajar Keseluruhan Terbaik (Kategori PSLE), telah mengikuti program tersebut semasa di darjah lima.



Dengan sokongan guru tuisyennya dan rakan-rakannya, Amira berjaya meraih dua gred A* bagi subjek Matematik dan Bahasa Melayu, serta dua gred A bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris.



"Bagi subjek Matematik, kadangkala saya mempunyai cabaran untuk memahami konsepnya, jadi dalam kelas tuisyen saya, guru saya banyak membantu saya untuk mengulangkaji dan memahami dengan lebih mendalam.



"Meskipun kelas kami dialihkan ke dalam talian semasa tempoh ini, saya juga dapat menyesuaikan diri dengan sokongan guru tuisyen saya," kata bekas pelajar Sekolah Rendah Qihua itu.



Melahirkan perasaan gembira menerima anugerah itu, Amira berkata beliau tidak sangka akan diiktiraf.



Namun, beliau berkata ia sudah tentu akan menjadi motivasinya untuk terus berjuang dalam pelajarannya.



"Saya terharu menerima anugerah ini.



"Saya mungkin tidak dapat melakukannya tanpa sokongan dan dorongan guru-guru sekolah, tutor, rakan-rakan dan keluarga saya.



"Ini adalah anugerah bukan hanya untuk saya tetapi mereka yang telah membantu saya sepanjang perjalanan pelajaran saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >