BAKAT akan memainkan peranan semakin penting dalam mengarahkan fasa pertumbuhan Singapura seterusnya untuk menjadi ekonomi dipacu inovasi, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, semalam.
Dalam ucapan awam pertamanya sejak menyandang jawatan tersebut Isnin lalu, Encik Chan menekankan peri pentingnya mempertingkat mutu tenaga kerja sedang persatuan perdagangan, syarikat dan pemerintah melaksanakan pelbagai Perancangan Perubahan Industri (ITM) - rancangan strategik yang dilakarkan bagi industri menangani isu tertentu.