Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Buru kecemerlangan, tolak sikap elitisme pentingkan diri sendiri

Oct 27, 2018 | 02:30 PM



 





WARGA Singapura perlu memburu kecemerlangan dan menolak sikap elitisme yang mementingkan diri sendiri, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing.



Bercakap di perbincangan panel tentang ketidaksaksamaan pendapatan dan mobiliti sosial baru-baru ini, Encik Chan berkata kita perlu menilai seseorang melebihi pendapatan atau kedudukannya. Tambah beliau, ahli masyarakat yang berjaya bertanggungjawab untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan membantu yang kurang bernasib baik secara sukarela.



Sidang itu dianjurkan Institut Pengajian Dasar pada Jumaat (26 Oktober) dan dihadiri 820 peserta, termasuk cendekiawan, pegawai pentadbiran awam kanan dan pelajar.



Perbincangan tentang topik serius itu menjadi lebih santai buat seketika, selepas Encik Chan bertanya soalan retorik: “Sebagai menteri, saya jangka saya layak menjadi anggota kumpulan elit?”



Jawapan yang disuarakan oleh editor ruang makalah The Straits Times Cik Chua Mui Hoong, yang juga menganggotai panel, membuat sebahagian penonton tertawa dan mengundang tepukan:



“Iya, ada ahli kumpulan elit politik, ahli aristokrasi akadmik yang telah memanfaatkan biasiswa yang ditaja negara, dan seorang ahli kumpulan elit berdasarkan pendapatan dan pendidikan anda.”



Menjawab, Encik Chan berkata beliau tidak boleh digelar ahli kumpulan elit kerana beliau mendewasa dalam keluarga ibu tunggal yang miskin dan perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaannya.



“Saya tidak akan mengecam seseorang, tidak kira latar belakang beliau, jika beliau berjaya dan kemudian menyumbang kepada masyarakat. Tapi, jika seseorang yang berjaya dan  bukan menerusi usahanya sendiri, tetapi mungkin kerana rangkaian hubungan yang dimilikinya… dan tidak menyumbang kepada masyarakat, itu perkara lain sama sekali,” kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >