Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Isu air tidak harus jejas hubungan S'pura-M'sia

Air
Aug 12, 2018 | 05:30 AM



AIR tidak akan menjadi isu yang secara berulang menimbulkan ketegangan antara Singapura dengan Malaysia dengan negara ini kian maju dan mempunyai tampungan air secukupnya berkat teknologi terkini dalam tempoh mendatang.



Bahkan satu isu sahaja tidak akan dibiar menguasai hubungan dua hala antara dua negara ini dengan pemerintah Singapura berusaha memperkukuh hubungan dua hala.



Menegaskan demikian di majlis makan malam Hari Kebangsaan kejiranan Tanjong Pagar-Tiong Bahru semalam, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, berkata:



"Sejak 53 tahun lalu apabila kita mencapai kemerdekaan, di kala Singapura menyedari ia perlu bergantung pada bekalan sumber air luar, kita melalui satu perjalanan memastikan air tidak akan menjadi isu antara Malaysia dengan Singapura. Kerana itu, kita gigih membangun tampungan air kita sendiri.



"Sewaktu saya di sekolah rendah, kita hanya mempunyai tiga kolam air. Kini, jumlahnya sudah bertambah menjadi 17 kolam air.



"Daripada hanya mempunyai satu kawasan tadahan pusat, dua pertiga negara kita kini merupakan kawasan tadahan.



"Pada 1997, kita tidak mempunyai loji air dikitar semula atau NEWater mahupun loji menyahmasinkan air. Kita kini memiliki teknologi menyahmasinkan air dan dapat mengurangkan harga mengitar semula air.



"Kita juga mampu memproses lebih banyak air laut daripada air tawar yang kita kumpulkan sendiri. Maka, ini memberi kita lebih keyakinan bahawa apabila kita membangun dan maju sebagai sebuah negara, kita akan kelak mempunyai tampungan air yang cukup buat diri kita sendiri."



Perkembangan hubungan dua hala antara Singapura dengan Malaysia menjadi antara teras ucapan Encik Chan semalam kerana beliau akur ramai yang ingin tahu status hubungan dua negara ini dengan kerajaan baru Malaysia dipimpin Perdana Menteri Mahathir Mohamad.



Menurutnya lagi, Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan yang sudah terbina lama. Persaingan sebenar, jelasnya, bukanlah antara dua negara tetapi antara Asean dengan daerah besar seperti China, India, Amerika dan Kesatuan Eropah (EU).



Mengulas keprihatinan tentang ketegangan dagangan antara ekonomi besar Amerika Syarikat dan China, beliau menambah:



"Meskipun tiada sebab untuk rasa panik buat masa ini, kita tidak boleh menganggar kurang cabaran asas yang dihadapi Amerika dan China - salah jika kita menyalahkan segala yang berlaku berdasarkan personaliti. Sebaliknya, kita perlu memahami isu asas lebih mendalam yang membawa kesan kepada ekonomi Amerika dan China, di luar perihal personaliti."



Impak ketegangan dagangan dua negara itu kepada Singapura, jelasnya, wujud dalam tiga cara.



Kesan langsung tarif yang diumumkan kededua negara pada ekonomi Singapura dianggap terhad kerana tarif yang dikaitkan dengan Singapura hanya menjejas sekumpulan kecil produk.



Namun, kesan tidak langsung tarif itu sukar ditentukan kerana gangguan pada rantaian bekalan boleh berlaku disebabkan langkah salingan rakan niaga lain seperti Kesatuan Eropah (EU).



Aliran pengeluaran sejagat kemudian akan berubah dan menyebabkan aliran dagangan global juga beralih, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >