Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Isu mobiliti sosial cabaran lebih besar berbanding ketidaksamaan sosial

Sep 13, 2018 | 05:30 AM



MOBILITI sosial atau keupayaan golongan kurang berada untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan adalah satu cabaran lebih besar daripada isu ketidaksamaan sosial, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.



Bagi isu ketidaksamaan sosial, ini mungkin boleh ditangani dengan mengambil harta daripada golongan berada dan memberinya kepada golongan miskin.



Tetapi ini tidak bermakna masalah itu akan berakhir, katanya.



"Menjadi miskin dalam satu generasi memang sukar tetapi jika kemiskinan itu berpanjangan hingga bergenerasi, dan kita tidak berupaya keluar dari lingkarannya, itu adalah cabaran lebih besar," ujar Encik Chan.



Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA) berkata demikian di Project We Care Seminar anjuran PA semalam.



Menerusi dasar yang meluas, Singapura telah berusaha selama ini untuk meningkatkan kehidupan kebanyakan warga Singapura.



Bagi banyak negara matang, semakin sukar bagi golongan yang tertinggal di belakang untuk meningkatkan kehidupan mereka.



Ini sedang golongan kaya akan berinteraksi dengan satu sama lain, dan mereka akan mewariskan kekayaan kepada generasi seterusnya.



Oleh itu, usaha membantu golongan miskin untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan adalah satu isu yang rumit, dan tidak harus ditangani secara simplistik.



Ini memerlukan pemerintah, kumpulan masyarakat dan perniagaan, serta individu untuk saling berganding bahu.



Dalam ucapannya, Encik Chan turut menggesa pertubuhan dan individu untuk tampil menyumbang masa dan bakat, dan bukan wang semata-mata.



Contohnya, kanak-kanak dalam keluarga kurang bernasib baik memerlukan model peranan positif dan bimbingan.



Dalam pada itu, Encik Chan berkata individu yang membantu juga meraih manfaat.



"Dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik, kita membantu diri kita menjalani kehidupan lebih bermakna, memahami kemanusiaan kita dengan lebih baik.



"Kita juga tidak harus menghakimi golongan kurang berada dari segi kebendaan kerana ia tidak bermakna mereka miskin secara rohani atau dari sudut lain. Kita juga harus menghormati mereka," ujar Encik Chan.



Acara di Park Royal semalam mengumpulkan wakil syarikat untuk mengongsi idea dan meninjau cara bekerjasama dengan pertubuhan akar umbi dalam mendekati golongan memerlukan.



Awal sebelum itu, Profesor Madya Tan Ern Ser dari Universiti Nasional Singapura (NUS) telah menyampaikan ucap tama dan mengongsi dapatan kajian mengenai kemiskinan dan ketidaksamaan di Singapura.



Peserta acara itu juga telah membincangkan pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan pertubuhan mereka untuk memberi kesan mendalam kepada golongan kurang bernasib baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >