Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Kerja keras dan tekad seniman jalanan buta kejar impian wajar dicontohi

Aug 11, 2018 | 11:07 PM



Dua nilai penting dalam kehidupan dapat diperolehi mengamati kisah seniman jalanan buta, Encik Mashruddin Saharuddin.



Pertama, bekerja keras dan menghormati pekerjaan yang berbeza daripada kebiasaan. Kedua, wujudnya tekad mengejar impian.



Tersentuh dengan kisahnya yang dibentangkan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kelmarin, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, berkata:



"Ramai yang tersentuh dengan kisah Encik Mashruddin, seorang pemuzik jalanan buta dan bagaimana beliau berusaha mengejar impiannya. Saya turut tersentuh dengan kisah beliau kerana ia menekankan dua nilai penting.



"Pertama, bekerja keras dan menghormati pekerjaan yang berbeza-beza. Kedua, mempunyai tekad untuk mengejar impian."



Encik Chan yang berucap dalam bahasa Melayu di majlis makan malam Hari Kebangsaan kejiranan Tanjong Pagar-Tiong Bahru di Kelab Masyarakat Tanjong Pagar tadi, berharap kesungguhan Encik Mashruddin dalam meneruskan seni dan mengukir kerjaya sebagai pemuzik akan memberi ramai inspirasi dalam mengejar impian walau sesukar mana atau dipandang remeh orang sekeliling.



Encik Mashruddin, 64 tahun dan anaknya, Encik Nizarrudin, 27 tahun, merupakan seniman jalanan di Stesen MRT Tampines yang diberi penghormatan membuat persembahan di pentas terapung Marina Bay sempena NDP tahun ini. Kisah dua beranak ini merupakan antara kisah inspirasi yang dikongsi tentang orang awam dengan cita-cita tersendiri.



Kata Encik Chan lagi:



"Izinkan saya menyentuh tentang nilai pertama iaitu bekerja keras dan menghormati pekerjaan yang berbeza-beza. Malah, ini merupakan sesuatu yang dekat di hati saya juga. Sejak saya kecil lagi, nenek saya sendiri sering tekankan kepada saya bahawa selagi seseorang itu berupaya, seseorang boleh membuat kerja yang jujur dan bekerja keras untuk berjaya dalam hidup. 



"Kita semua mempunyai pekerjaan yang berbeza-beza tetapi kita semua berhak dihormati dan perlu saling menghormati. Tidak kiralah sama kita bekerja sebagai seorang doctor ataupun pekerja pembersihan, kita semua patut dihormati kerana berusaha mencari rezeki demi masa depan."



Menurutnya lagi, individu yang mempunyai keazaman dan kesungguhan mengejar impian mereka adalah yang membuat Singapura sebuah tempat cukup istimewa.



"Saya berharap kisah-kisah individu seperti ini akan memberi kita inspirasi agar terus bekerja keras dan terus berusaha mencapai impian kita walau apa pun cabaran yang kita hadapi.



"Jika kita semua mempunyai semangat seperti ini, saya percaya Singapura akan terus Berjaya pada tahun-tahun mendatang," ujar Encik Chan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >