KUANTUM kenaikan keseluruhan gaji kebanyakan kakitangan awam “melebihi” kadar inflasi tahun ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing di Parlimen pada Isnin (28 Nov)
“Secara keseluruhannya, kenaikan gaji menyusuli semakan semula gaji yang dijalankan baru-baru ini dan kenaikan gaji tahunan, ditambah pula dengan bayaran komponen berubah-ubah (AVC) akan melebihi kadar inflasi sejak tahun ini bagi semua kakitangan awam yang memenuhi kriteria,” tambah beliau.
Khamis lalu, Divisyen Perkhidmatan Awam mengumumkan bonus akhir tahun sebanyak 1.1 bulan bagi perkhidmatan awam Singapura dengan kakitangan muda menerima satu kali tambahan sebanyak $700.
Dalam satu soalan tambahan, Encik Ang Wei Neng (GRC Jurong) bertanya sekiranya ini bermakna setiap kakitangan awam akan menerima sekurang-kurangnya kenaikan gaji sekurang-kurangnya 5.1 peratus, sebagai memetik kadar inflasi bagi bulan lalu.
Encik Chan menjawab bahawa kenaikan ini meliputi majoriti kakitangan awam yang telah memenuhi kriteria kelakonan mereka.
“Akan terdapat sebilangan amat kecil mereka yang tidak memenuhi kriteria kelakonan, dan mereka mungkin raih kurang daripada 5 peratus yang anda sebutkan,” katanya sambil menambah bahawa pemerintah mempunyai pakej sokongan bagi semua isi rumah warga Singapura yang ia percaya mampu membantu mereka yang paling memerlukan.
Sementara itu, Encik Chan yang juga Menteri Pendidikan berkata bahawa Perkhidmatan Awam akan menyemak pendapatan secara berkala dan membuat penyesuaian gaji bila perlu agar sejajar dan tidak ketinggalan.