Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Model kepimpinan berteras kesinambungan diteruskan bagi peralihan ini

Nov 22, 2018 | 05:30 PM



MODEL kepimpinan di Singapura berteras prinsip ‘kesinambungan’, dan ini boleh dijangka dalam peralihan di kepimpinan tertinggi negara, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing hari ini (22 November).



Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan ketua eksekutif Asia House Encik Michael Lawrence di sidang serantau yang dianjurkan oleh pusat kepakaran Asia yang berpangkalan di United Kingdom itu.



Menukil beberapa laporan berita, Encik Lawrence bertanya sama ada parti pemerintah -  Parti Tindakan Rakyat (PAP) - akan mengumumkan senarai pemimpin tertinggi generasi keempat esok (Jumaat).



Encik Chan berkata: "Ia juga bertujuan mengubah sektor infokom media untuk menyediakan khidmat yang lancar tanpa hambatan dan dapat menjangkakan keperluan pelanggan.  



“Model kepimpinan kami adalah kesinambungan dan saya rasa kita semua boleh menjangka perkaran ini. Cara kami berniaga, cara kami berhubung dengan dunia, ialah kami mengikuti cara tertentu yang boleh diramalkan, kesinambungan tertentu, tentang cara kita melaksanakan perkara.”



Lebih awal dari itu, laporan media berkata pengumuman PAP esok (Jumaat) akan memnberikan warga Singapura gambaran baik tentang tokoh yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, sebagai pemimpin PAP dan sebagai perdana menteri keempat Singapura.



Laporan The Straits Times yang menukil beberapa sumber berkata jawatankuasa eksekutif tertinggi parti itu berhimpun pada semalam (Rabu) untuk memutuskan pilihannya bagi jawatan penolong setiausaha agung pertama serta pilihan mereka bagi menyandang jawatan utama lain di parti itu.



Ditanya tentang perkara itu pada Khamis, Encik Chan berkata:



“Ada perkara yang diada-adakan (artificialities) apabila orang membahagikan kepimpinan mengikut generasi berbeza, tetapi ada juga persamaan yang merentas setiap generasi.



“Di Singapura, kita bertuah, bukan kerana kita berfikir bahawa kita mempunyai pemimpin yang lebih bijak daripada yang lain. Namun kita boleh berbangga kerana mempunyai model kepimpinan yang lebuh kukuh daripada bahagian individu yang membentuknya.



Menurut Encik Chan, pemimpin yang boleh mengetepikan perbezaan individu untuk berusaha bagi manfaat negara adalah faktor utama dalam kejayaan negara dan Singapura telah berjaya mengenal pasti pasukan kepimpinan yang menuruti pendirian ini.



“Pemimpin generasi lebih muda, dengan cara serupa, turut tertumpu kepada keperluan ini, membina pasukan terkuat bagi Singapura, untuk memastikan setiap generasi warga Singapura boleh meneruskan impian kita ini, untuk kekal berdaulat, bebas dan berjaya,” kata Encik Chan.



“Bagi setiap generasi warga Singapura, definisi kejayaan bukanlah tentang kejayaan yang kita capai sendiri, malah tetang bagaimana kita mengupayakan generasi selanjutnya meraih pencapaian yang lebih baik bagi diri mereka sendiri.”



“Dan dengan cara inilah, kita akan terus membawa negara ini ke hadapan,” kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >