Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Pendidik perlu terap budaya pembelajaran sepanjang hayat

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



MEWUJUDKAN generasi pelajar sepanjang hayat mesti bermula dengan para pendidik mereka.



Pendidik mesti mempunyai pemikiran yang betul, belajar di samping pelajar dan daripada industri serta mencapai melebihi kepakaran sedia ada untuk menaik taraf dan melatih semula diri mereka untuk memperoleh kemahiran yang betul.



Demikian kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing yang menekankan perlunya ada budaya dan sikap yang betul terhadap pembelajaran sepanjang hayat.



Beliau berkata, untuk membangunkan pelajar sepanjang hayat, para pendidik mesti dilengkapi dengan kemahiran, peralatan dan pemikiran yang betul.



"Para pendidik kita mesti belajar di samping pelajar mereka dan belajar daripada industri dan amalan perniagaan secara berterusan.



"Mereka perlu melangkaui kepakaran sedia ada dan bersedia untuk meningkatkan dan melatih semula diri mereka untuk memperoleh set kemahiran yang betul.



"Para pendidik kami boleh menjadi contoh terhebat bagi pembelajaran sepanjang hayat jika mereka dapat menunjukkan cara pemikiran sebegini kepada pelajar kami," ujar beliau.



Pada masa yang sama, beliau akur untuk menyemai pemikiran sebegitu dalam kalangan tenaga pendidik, budaya dan sikap yang betul terhadap pembelajaran berterusan perlu diwujudkan, dan yang penting, mereka mesti disokong dalam usaha untuk berbuat demikian.



Sokongan mesti diberikan kepada pendidik dan pelatih yang mahu terus mempertingkat kemahiran mereka sepanjang kerjaya agar kemahiran yang mereka miliki itu kekal relevan.



"Cara paling langsung untuk mencapai matlamat ini ialah membolehkan jurulatih kami mengekalkan hubungan rapat dengan industri," kata Encik Chan.



"Kita juga boleh lebih melibatkan industri dalam proses pengajaran dan pembangunan kurikulum.



"Apa yang paling penting ialah kita mesti mempunyai sistem untuk memastikan keserasian semasa kemahiran pelatih kita untuk kita memastikan keserasian semasa kemahiran pelajar kita," tambahnya.



Malah, kerjasama rapat dengan industri akan menguntungkan industri itu sendiri kerana kurikulum yang diajarkan kepada pelajar akan menjadi lebih relevan kepada apa yang diperlukan di alam pekerjaan.



Ini bermakna mereka yang bakal memasuki tenaga kerja akan mempunyai kemahiran yang lebih tepat.



"Oleh itu, adalah menjadi kepentingan kepada rakan kongsi industri untuk bekerjasama rapat dengan institusi kami untuk melengkapkan pendidik supaya mereka boleh melatih pelajar kami dengan lebih berkesan," ulas Encik Chan.



Beliau juga menekankan kepentingan memastikan pendidik dilengkapi dengan peralatan yang betul untuk membentuk pengalaman pelajaran yang menarik dan diperibadikan kepada setiap pelajar.



"Model strategi umum atau one-size-fits-all tidak lagi boleh digunakan bagi kita," tekan Encik Chan.



Beliau menjelaskan bahawa pengalaman pendidikan yang menarik dan diperibadikan akan membantu pelajar suka belajar dan mahu terus belajar sepanjang kehidupan mereka.



Ini boleh dilakukan dengan memanfaatkan teknologi, misalnya dengan menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) bagi membawa pelajar ke dalam persekitaran pembelajaran praktikal yang mengasyikkan.



Encik Chan telah berucap di Persidangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Profesional Antarabangsa (TPET) 2022 di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pagi semalam.



Dihoskan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), persidangan TPET 2022 yang diadakan buat kali keenam itu membincangkan antara lain, cabaran yang dihadapi negara-negara berbeza dalam menangani pendigitalan, anjakan kemahiran dan pembaharuan serta memastikan pembelajaran sepanjang hayat dalam dunia pasca pandemik Covid-19.



Dianjurkan secara hibrid, TPET 2022 menyediakan platform bagi pendidik, pembuat dasar, penyelidik dan pakar pendidikan teknikal daripada seluruh dunia berkumpul dan bertukar pandangan tentang masa depan kerjaya dan pendidikan teknikal.



Seramai 11 individu dari dalam dan luar negara akan membuat pembentangan mereka sepanjang persidangan dua hari itu yang berakhir hari ini.




“Para pendidik kita mesti belajar di samping pelajar mereka dan belajar daripada industri dan amalan perniagaan secara berterusan. Mereka perlu melangkaui kepakaran sedia ada dan bersedia untuk meningkatkan dan melatih semula diri mereka untuk memperoleh set kemahiran yang betul. Para pendidik kami boleh menjadi contoh terhebat bagi pembelajaran sepanjang hayat jika mereka dapat menunjukkan cara pemikiran sebegini kepada pelajar kami.”
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >