Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Chun Sing: Pengumuman HBL bagi sekolah rendah minggu ini

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan membuat pengumuman minggu ini sama ada pembelajaran dari rumah (HBL) akan dilanjutkan bagi sekolah-sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing.



Buat masa ini, semua murid Darjah Satu hingga Darjah Lima dijadual kembali ke sekolah pada Isnin depan.



Ini selepas mereka menjalani HBL dua minggu untuk mengurangkan risiko penularan kerana lonjakan kes Covid-19 di sini pada masa ini.



Sebelum ini, MOE telah mengumumkan murid-murid ini menjalani HBL dari 27 September hingga esok, iaitu sehingga Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) berakhir.



Namun, tempoh HBL ini telah dilanjutkan sehari kepada lusa, sebelum hari cuti sekolah pada Jumaat ini, sempena Hari Kanak-kanak.



Encik Chan berkata pengumuman itu tidak dibuat dengan serta-merta kerana kakitangan sekolah harus memberi tumpuan kepada PSLE yang sedang berlangsung dan MOE ingin memberitahu pendidik terlebih dahulu.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai HBL yang diajukan oleh Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Cik Hazel Poa, di Parlimen, semalam.



Mengulas lebih lanjut mengenai kesan HBL terhadap pembelajaran pelajar, Encik Chan berkata teknologi digunakan untuk mengurangkan gangguan terhadap pengajaran kurikulum dan mengekalkan perhubungan sosial.



Sekolah-sekolah juga mempunyai alat perkomputeran dan Internet mencukupi untuk dipinjamkan kepada pelajar dan terus dibuka bagi pelajar yang perlu pergi ke sekolah atau tiada penjagaan di rumah semasa HBL.



Namun, Encik Chan berkata HBL tidak boleh menggantikan sepenuhnya pengalaman pembelajaran di sekolah.



Selain menjejas pembelajaran pelajar, HBL juga menjejas pembangunan emosi dan sosial serta kesejahteraan minda mereka.



Malah tidak semua pelajar mempunyai sekitaran di rumah yang sesuai bagi HBL dan ia mendatangkan tekanan ke atas keluarga dan masyarakat, ujar Encik Chan lagi.



Justeru, kementeriannya tidak melaksanakan HBL di semua sekolah di sini atau di semua kelas di darjah atau tingkatan yang sama apabila ada kes Covid-19 dan kemungkinan penularan dalam kalangan sekolah-sekolah.



Sebaliknya, MOE mengambil pendekatan lebih terkhusus untuk mengasingkan kes-kes itu dan kontak rapat mereka, ujar beliau.



"Pengalaman dalam tempoh beberapa bulan yang lalu telah memberi kami keyakinan lebih tinggi bahawa kami boleh mengimbangi dengan lebih berkesan pendekatan lebih terkhusus iaitu untuk mengasingkan kes-kes dan kontak rapat mereka.



"Sebagai contoh, kami hanya akan melaksana HBL ke atas kelas-kelas yang terjejas sebagai respons kepada kes Covid-19 yang dikenal pasti, jika ada kemungkinan penularan dalam kalangan sekolah-sekolah, dan tidak melaksanakan HBL sepenuhnya di semua sekolah," ujar Encik Chan.



Dalam pada itu, Encik Chan juga mengumumkan MOE tidak akan mengenakan sewa kepada pengendali kantin di sekolah-sekolah bagi tempoh lagi separuh bulan pada Oktober ini.



Sebelum ini, MOE telah berbuat demikian bagi Mei dan Julai tahun ini, semasa tempoah Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) dan selamat empat bulan pada April, Jun, Julai dan Ogos 2020.



Encik Chan berkata ini selaras dengan pembayaran sewa yang ditiadakan bagi penyewa dalam hartanah komersial yang dimiliki agensi pemerintah pada 2020 dan 2021.



Langkah ini bertujuan menyokong pengendali kantin sekolah yang terjejas akibat langkah pengurusan selamat berhubung Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >