Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Perjanjian dagang rentas Pasifik penting bagi S’pura, dari segi ekonomi dan secara strategik

Jan 19, 2019 | 06:30 PM



Perjanjian dagang rentas pasifik yang bertujuan menggalak perdagangan bebas dan perpaduan  ekonomi bagi memanfaatkan rakyat,  penting bagi Singapura, berlatar keadaan perdagangan tegang di dunia pada masa ini.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing, yang kini berada di Tokyo, Jepun bagi menghadiri mesyuarat Suruhanjaya pertama Perjanjian Progresif dan Menyeluruh bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) berkata:



“Singapura berharap semua negara akan meratifikasikan perjanjian ini dengan pantas dan ia boleh dilaksanakan dengan sepenuhnya dan dengan lancar, dalam tempoh yang sebaik-baiknya. Ini adalah supaya manfaat CPTPP boleh dicapai dengan sepenuhnya.



“Kita perlu, secara serentak, membangun CPTPP supaya melibatkan pihak baru yang ingin ikut serta dan berupaya memenuhi piawaian tinggi (perjanjian ini), dengan tujuan mempercepat dan memperdalam perpaduan ekonomi di rantau Asia-Pasifik.”



Singapura menyertai 10 negara lain - Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru dan Vietnam - di mesyuarat itu - yang pertama diadakan sejak perjanjian itu berkuatkuasa pada 30 Disember.



Buat masa in, tujuh negara telah meratifikasikan perjanjian itu - Australia, Canada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura dan Vietnam. 



Dalam kenyataan bersama yang diterbitkan negara anggota CPTPP di akhir mesyuarat itu, ia antara lain menekankan peri penting memelihara perpaduan dan perdagangan bebas antara ekonomi dan merakam harapan agar ia boleh melibatkan lebih banyak negara dalam perjanjian itu.



Dalam kenyataannya, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata menteri-menteri yang hadir ke  mesyuarat itu membincangkan isu-isu berhubung pelaksanaan, termasuk penerimaan rasmi perjanjian itu. 



Tambah MTI,  mesyuarat itu juga menandakan permulaan fasa kerja enegara-negara CPTPP yang selanjutnya, termasuk ratifikasi menyeluruh perjanjian, serta pelaksanaan dan peluasannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >