Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Chun Sing: SME perlu berinovasi, berubah agar kekal relevan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Chun Sing: SME perlu berinovasi, berubah agar kekal relevan

Feb 09, 2021 | 05:30 AM

DALAM sekitaran perniagaan yang kian mencabar, syarikat kecil dan sederhana (SME) yang mahu berjaya tidak lagi boleh bersaing pada harga sahaja sebaliknya perlu mempunyai keupayaan berinovasi dan menjalani perubahan supaya dapat memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah dan kekal relevan.

Mereka juga perlu berani merebut peluang serantau dan global, serta mengukuhkan keupayaan membangunkan kepimpinan dan menarik bakat setempat pada semua peringkat bagi meningkatkan daya saing dan daya tahan.

Demikian dinyatakan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dalam sidang media menyusuli lawatan ke Sanwa Plastic pagi semalam.

Beliau mengongsi tentang empat cara pemerintah menyokong pertumbuhan perusahaan setempat dalam sektor perkilangan dan bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan sifat yang akan membantu mereka menaiki gelombang pertumbuhan seterusnya.

Pertama, Encik Chan berkata pemerintah memastikan yang SME mempunyai akses kepada perkhidmatan dan keupayaan melebihi syarikat mereka untuk menginovasi produk mereka.

Memberi contoh, Encik Chan berkata Sanwa Plastic, yang pada asalnya sebuah syarikat kejuruteraan kepersisan dengan tumpuan dalam sektor automotif, telah berjaya menceburi sektor teknologi perubatan menerusi pembangunan keupayaan proses dalam perkilangan dan pembentukan mikrofluidik.

Mereka bekerjasama dengan Fluidigm yang membantu membangunkan teknologi mereka.

Encik Chan menambah Sanwa juga bekerjasama dengan institut kajian setempat seperti Institut Teknologi Pembuatan Singapura (Simtech) bagi menghasilkan bahagian yang diperlukan untuk sektor teknologi perubatan.

"Keupayaan mengakses perkhidmatan daripada Simtech... adalah contoh bagaimana kita dapat menyediakan beberapa keupayaan pembangunan produk ini sebagai satu perkhidmatan kepada perusahaan setempat kita," kata Encik Chan.

Kedua, Encik Chan berkata pemerintah berusaha memastikan SME mempunyai akses kepada keupayaan melebihi syarikat mereka untuk menginovasi proses pengeluaran, dan ini boleh merupakan keupayaan di dalam atau luar negara.

"Sukar mempunyai semua keupayaan ini dalam sebuah SME di Singapura. Kita bekerjasama dengan institusi di luar syarikat bagi membolehkan mereka mempunyai akses kepada perkhidmatan sedemikian," kata Encik Chan dengan memberi contoh kerjasama Sanwa dengan Politeknik Nanyang untuk menghasilkan satu sistem pengujian.

"Daripada perspektif pemerintah, kita mempunyai Pakej Sokongan Automasi, Geran Huraian Produktiviti, dan kita juga menggiatkan Industri 4.0 untuk membantu syarikat memperbaiki proses pengeluaran mereka," kata Encik Chan.

Seterusnya beliau berkata pemerintah akan terus membantu SME meluaskan jangkauan mereka melebihi Singapura dengan memanfaatkan rantau ini bagi mengukuhkan kelebihan daya saing mereka.

Perikatan Perkilangan Asia Tenggara yang dilancarkannya minggu lalu bertujuan membantu SME mengembangkan perniagaan ke rantau ini serta mempelbagaikan rantaian bekalan mereka, kata Encik Chan.

Menerusi Geran Bantuan Kesediaan Pasaran juga SME dibantu menjangkau melebihi Singapura untuk melihat bagaimana mereka dapat memanfaatkan kepakaran orang lain dan menggunakannya dalam ekosistem mereka.

Akhir sekali, Encik Chan berkata pemerintah akan terus membangunkan bakat dalam sektor perkilangan, daripada intern yang baru mula bekerja kepada pekerja pertengahan umur yang beralih kepada pekerjaan baru, dan keupayaan kepimpinan perusahaan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3