Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: S'pura catat prestasi baik perangi Covid-19 tapi harus terus waspada cabaran mendatang

Feb 14, 2021 | 05:23 PM







SINGAPURA tidak boleh berhenti berwaspada walaupun negara ini telah menunjukkan prestasi baik dalam usahanya memerangi Covid-19 dalam beberapa bulan sebelum ini, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Ahad (14 Februari).



Negara ini telah banyak berusaha untuk menangani pandemik itu tetapi cabaran yang bakal dihadapi pada masa akan datang tidak kurang menggentarkan, katanya.



Berkata demikian semasa satu acara sambutan Tahun Baru Cina di dalam talian, Encik Chan berkata banyak lagi usaha perlu dijalankan, termasuk mengukuhkan kedudukan Singapura dalam rantai nilai sedunia serta membantu syarikat dan pekerja kekal berdaya tahan dan berdaya saing.



Tambahnya, Singapura sedang bekerjasama dengan rakan kerja yang sehaluan untuk maju ke hadapan dalam beberapa bidang termasuk peraturan perdagangan baru.



Negara ini juga akan terus berusaha mewujudkan ekonomi yang mampan dan diterajui inovasi, ujar beliau.



Encik Chan berkata demikian semasa Majlis Jamuan Musim Bunga 2021, satu acara tahunan anjuran Pusat Budaya Cina Singapura (SCCC) bersama Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA).



Sekitar 250 orang, termasuk pemimpin politik lain seperti Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, Men

teri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong serta Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan) Low Yen Ling, turut menyertai acara yang berlangsung di wadah Zoom itu.



Encik Chan berkata sambutan Tahun Baru Cina tahun ini tentunya berbeza tetapi tidak kurang pentingnya.



Merujuk kepada usaha memerangi koronavirus sekarang, beliau berkata:



“Kita berada di tahap kritikal usaha ini dan kita tidak boleh berhenti berwaspada.”



Daya ketahanan dan perpaduan warga negara ini telah banyak menyumbang kepada kemajuan yang dicatat Singapura kini.



“Nenek moyang kita memaparkan kecekalan dan kegigihan serta bertindak dalam keadaan mencabar dengan semangat berdaya usaha serta sikap yang enggan menyerah kalah untuk meninggalkan apa yang kita nikmati sekarang.



“Kita harus melakukan serupa mereka bagi generasi akan datang.



“Saya yakin masyarakat kita akan terus memaparkan semangat ini sedang kita terus maju dalam proses pemulihan kita,” ujar Encik Chan.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >