Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing umum pusat nasional bina ekosistem belajar sepanjang hayat

Institut bagi Pembelajaran Orang Dewasa (IAL) akan dijadikan Pusat Nasional bagi Kecemerlangan Pembelajaran Orang Dewasa (NCAL)
Nov 03, 2022 | 05:30 AM



INSTITUT bagi Pembelajaran Orang Dewasa (IAL) kini akan bertanggungjawab bagi mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran orang dewasa merentasi sektor latihan dan pendidikan dewasa.



Pada hari kedua Sidang Puncak Pembelajaran Sepanjang Hayat Global yang diadakan buat julung kalinya di Pan Pacific Singapore, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, semalam mengumumkan IAL akan memperluas melebihi peranan utamanya kini sebagai pusat latihan untuk menjadi Pusat Nasional bagi Kecemerlangan Pembelajaran Orang Dewasa (NCAL).



Ini, menurutnya, sebahagian pendekatan enam sudut dalam usaha membina ekosistem pembelajaran sepanjang hayat yang siap bagi masa depan.



Encik Chan berkata ia penting untuk terus melabur dalam penyelidikan pedagogi atau andragogi bagi latihan orang dewasa.



"Pelajar dewasa lebih pelbagai, berbanding pelajar lebih muda yang jatuh ke dalam kumpulan umur 10 tahun.



"Terdapat kepelbagaian yang luas dari segi usia, keperluan pembangunan kemahiran dan juga kelayakan pendidikan, pengalaman bekerja dan set kemahiran yang pelbagai dalam kalangan pelajar dewasa.



"Justeru, pedagogi bagi mengajar pelajar dewasa dalam usia 20-an, 40-an, dan 60-an tahun akan agak berbeza," katanya.



Justeru, IAL yang diperuntuk sebagai pusat nasional, antara lain akan menerajui pertumbuhan pesat teknologi dan pedagogi latihan baru merentasi penyedia latihan bagi pendidikan orang dewasa, tambah Encik Chan.



Untuk memahami kemahiran baru yang diperlukan dan mempercepat peningkatan kemahiran, teknologi perlu digunakan dengan lebih baik, kata Encik Chan.



"Teknologi, digabungkan dengan 'pasport kemahiran' dan 'perancang perjalanan', mempunyai potensi untuk mengubah cara kita belajar dan berlatih pada kelajuan dan pada skala," ujarnya.



Encik Chan menambah bahawa cara konvensional untuk melatih 30,000 hingga 40,000 lulusan dari sistem pendidikan setiap tahun tidak akan cukup untuk memenuhi permintaan mempertingkat kemahiran bagi 20 peratus hingga 30 peratus tenaga kerja.



Singapura, tambah Encik Chan, perlu membantu golongan pekerja untuk memahami keperluan kemahiran mereka dan memperkasa mereka agar bertanggungjawab atas peningkatan kemahiran mereka.



Malah, sokongan bagi pekerja pertengahan kerjaya akan diperkukuh, lebih-lebih lagi bagi mereka dalam usia 40-an dan 50-an tahun yang berdepan dengan risiko lebih besar tempat mereka diganti atau mereka tidak berkembang.



Dalam pada itu, beliau menggesa agar tenaga pengajar terus mempertingkat kemahiran dan menimba kemahiran baru agar memenuhi keperluan pelajar dewasa yang pelbagai dan harapan mereka yang lebih tinggi.



Di samping itu, Encik Chan berkata hubungan antara industri dan sektor akademik perlu diperkukuh.



Industri, katanya, memainkan peranan penting dalam memastikan kurikulum kekal relevan dan selari dengan keperluan kemahiran ekonomi yang berkembang, untuk menyediakan tenaga kerja dan industri agar berdaya saing bagi masa depan.



Dalam mencapai demikian, beliau antara lain menyarankan agar pengamal industri bekerjasama dengan fakulti institusi.



Menurutnya, sistem di Singapura perlu diatur agar perniagaan dapat menghasilkan permintaan bagi kemahiran baru dengan lebih baik, lantas membolehkan Institut Pengajian Tinggi (IHL) dan penyedia latihan privet bertindak dengan lebih lincah kepada perubahan dalam model perniagaan dan penggunaan teknologi.



"... bagi kita di Singapura, pembelajaran sepanjang hayat bukan sesuatu yang 'baik untuk miliki'. Pembelajaran sepanjang hayat adalah satu keperluan untuk kita membangunkan individu yang berkeyakinan, masyarakat yang bersatu padu dan negara yang berdaya saing.



"Kita perlu memastikan peluang kekal terbuka kepada semua dan individu, tidak kira latar belakang mereka, boleh berkembang mencapai potensi mereka sepenuhnya sepanjang kehidupan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >