Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cikgu Aliman berpulang

Nov 04, 2015 | 12:02 PM



SASTERAWAN dan tokoh masyarakat yang disegani, Haji Aliman Hassan, 83 tahun, telah meninggal dunia hari ini.


Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Alkaff di Bedok Reservoir antara zohor dan asar ini, sebelum dikebumikan hari ini.


Allahyarham, yang lebih mesra dengan panggil 'Cikgu Aliman', juga dikenali dengan nama penanya Lela Kencana.


Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1932 di Padang Jeringau, Kallang Road.


Menurut laman Lembaga Perpustakaan Negara, SingaporeInfopedia, Allahyarham menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja (1939-1946); dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim (1949-1951).


Beliau lulus peperiksaan M.C.E (1966) dan H.S.C (1967).


Allahyarham pernah menjadi guru, Penolong Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Perguruan Singapura dan mempunyai pangkat Senior Education Officer dan akhirnya Principal Education Officer.


Beliau juga telah menyandang jawatan sebagai Guru Pelawat (1952-1955); Penolong Nazir Khas (Seni Lukis dan kraftangan) (1970-1974); dan Penasihat Khas (Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) (1974-1980). Beliau bersara daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 1987. Kemudian bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam Kanan di MUIS sehingga Januari 1989. Beliau menulis beberapa siri rancangan radio dan televisyen.


Allahyarham Cikgu Aliman turut memegang beberapa jawatan dalam berbagai pertubuhan, antaranya; Setiausaha Kehormat SKGMS (1956-1960); Setiausaha Kehormat Asas 50 (1960-1963); Bendahari Asas 50 (1964); anggota Jawatankuasa KGMS (1965-1970); dan, Pengamanah KGMS (1983-1989).


Beliau juga pernah menjadi anggota Jawatankuasa Majlis Pusat (1967-1969); Pengerusi Tetap Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) (sejak 1983); anggota Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura (1987-1989); dan anggota Jawatankuasa Masjid Kampong Siglap (sejak 1987).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >