Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS - BULAN BAHASA

Cinta bahasa Melayu mula dari rumah bagi Marina Yusoff

Selebriti Duta Bahasa mahu ajak ibu bapa Melayu tingkat jati diri anak lewat penggunaan bahasa Melayu
Sep 09, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang selebriti dan pempengaruh, Cik Marina Yusoff sering melakukan reviu dalam bahasa Melayu di wadah media sosialnya.



Beliau mengambil langkah menyuntik kelainan itu kerana sedar ramai pempengaruh Singapura lebih selesa bertutur sama ada hanya dalam bahasa Inggeris atau campuran bahasa Inggeris dan Melayu ketika membuat penyampaian.



Kelainan itu mendapat perhatian beberapa pengikutnya, yang juga telah mencipta 'challenge', atau cabaran, untuk melakukan reviu mereka tersendiri menggunakan bahasa Melayu.



"Saya pun tak sedar kerana selama ni saya membuat reviu makanan atau apa saja produk menggunakan bahasa Melayu kerana ramai suka menggunakan bahasa Inggeris.



"Mungkin mudah bagi mereka ucapkan dan sampaikan (dalam bahasa Inggeris sahaja), selain ingin menarik minat orang di luar sana. Namun, saya lebih suka menggunakan bahasa Melayu dan saya akan terus melakukannya.



"Mudah-mudahan ia menjadi suntikan semangat bagi mereka yang hendak cuba-cuba membuat reviu dalam bahasa Melayu, dan dengan sendirinya ia boleh menjadi satu kebiasaan," katanya.



Selain melakukan reviu di media sosial, Cik Marina, 45 tahun, yang dilantik sebagai salah seorang Duta Bahasa kempen Bulan Bahasa tahun ini, juga giat menghasilkan podcast bersama abangnya, Ustaz Yusri Yusoff, yang dinamakan Warna Warni Kehidupan dan dilancarkan Jun lalu.



Siri podcast itu mengetengahkan pelbagai isu, seperti hal rumah tangga dan kekeluargaan masyarakat Melayu.



Cik Marina tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura kerana penggiat seni itu juga banyak terlibat dalam pelbagai produksi dan persembahan seni yang memaparkan bahasa dan budaya Melayu, di Singapura mahupun luar negara.



Beliau, malah, dikenali sebagai salah seorang pejuang seni tarian Melayu dan kini merupakan pengarah kreatif di Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd.



Menurut Cik Marina, kumpulan tersebut sering melakar program kesenian berteraskan budaya dan bahasa Melayu.



"Kami memang giat menjalankan usaha melestari bahasa melalui kesenian dan budaya dan menerapnya dalam program sekolah, seni atau produksi yang kami kendalikan.



"Ini termasuk menggunakan bahasa simbolik dan juga bahasa-bahasa yang digunakan dalam pementasan kami, seperti gurindam, syair, puisi, pantun dan monolog yang diucapkan.



"Jadi, ini adalah antara usaha kami yang tidak pernah putus dari dulu hingga sekarang. Dan setiap tahun program kami akan ditambah dengan program baru," ujarnya.



Sebagai ibu empat anak berusia tujuh hingga 17 tahun, Cik Marina juga sering menggalak keluarganya bertutur dalam bahasa Melayu. Berkat dorongan itu, anak sulungnya, Noshin Putri Adel, dilantik sebagai Duta Bahasa pada kempen 2011.



Dengan pelantikannya tahun ini, Cik Marina berharap dapat mengajak ibu bapa lain turut serta memperjuangkan kepentingan unit keluarga dan persekitaran bagi menyokong pembelajaran dan perkembangan anak-anak dalam bahasa Melayu.



"Saya mahu mengajak ibu bapa di luar sana meningkatkan keperibadian dan jati diri anak-anak kita menerusi penggunaan bahasa Melayu, kerana kita tahu bahasa bukan pendidikan di sekolah sahaja, bahkan bermula dari dalam rumah sendiri.



"Walaupun bahasa Melayu sudah ada dalam diri setiap orang Melayu, cinta kita terhadap bahasa itu perlu dipupuk dan ia harus terus digunakan di rumah," ujarnya.




Walaupun bahasa Melayu sudah ada dalam diri setiap orang Melayu, cinta kita kepada bahasa itu perlu dipupuk dan ia harus terus digunakan di rumah.
- Cik Marina Yusoff, Duta Bahasa baru Bulan Bahasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >