Cinta pandang pertama mekar di mana-mana dan pastinya terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Berikut dipaparkan tiga cebisan kisah cinta yang berbunga baik di politeknik, stesen MRT mahupun sewaktu menjalankan tugas sebagai pekerja pengiriman makanan GrabFood. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
STESEN MRT Raffles Place bagaikan menjadi saksi mekarnya bunga-bunga cinta antara dua kakitangan SMRT, Encik Baharudin Johan dan Cik Zulaila Dollah pada 2003.