Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cinta kepada sastera Melayu klasik bawa pemuda ke Yale-NUS

Aug 27, 2017 | 05:30 AM



CINTA dan minat mendalam terhadap sastera Melayu klasik membawa Encik Muhammad Faris Joraimi ke Kolej Yale-NUS.



Encik Faris, 20 tahun, baru memulakan pengajiannya di kolej sastera liberal pertama di Singapura itu bulan ini.



Di kolej tersebut, beliau berharap dapat mendalami sejarah dengan tumpuan terhadap dunia Melayu.



Bekas pelajar Maktab Rendah Meridian dan Sekolah Katolik Hai Sing itu tertarik dengan program klasik di Yale-NUS, yang akan mendedahkannya kepada tradisi sastera lain dari Barat, China dan India.



"Kita mungkin cintakan sejarah dan budaya kita sendiri tetapi kita harus sentiasa melihat lebih daripada itu dan mencari persamaan pemikiran, kerana tamadun tidak dibangunkan secara terpencil, bahkan sentiasa berhubungan antara satu sama lain," ujar Encik Faris.



Beliau memberi contoh kisah Ramayana yang mempunyai pengaruh hebat kepada seni kesusasteraan dan persembahan di Nusantara.



Encik Faris mula membaca sastera klasik Barat semasa di sekolah menengah, yang kemudian mencetuskan minat ingin tahu mengenai warisan sastera budayanya sendiri.



Buku sejarah Melayu klasik Sulalatus Salatin,Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Syair Bidasari menjadi tatapan Encik Faris dan pada masa yang sama beliau menyelami sejarah dan sastera Me`layu.



Encik Faris mengikuti pengajian di Kolej Yale-NUS setelah meraih gred A bagi Sejarah dan Sastera Inggeris, dan B bagi Matematik dan Ekonomi dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' pada 2014.



Beliau menerima biasiswa tanpa bon daripada Yayasan Loke Cheng Kim, yang menawarkan tajaan penuh yuran tuisyen, asrama serta elaun bulanan.



Bapanya, Encik Joraimi Abdul Latiff, 55 tahun, seorang teknisyen kanan, manakala ibunya, Cik Fazila Abidin, 54 tahun, bekerja dalam bidang jaminan dan kawalan nilai.



Encik Faris, anak bongsu dalam tiga beradik, menanam cita-cita mahu menyambung pengajian possiswazah di luar negara, sebagai langkah menuju kerjaya dalam bidang akademik.



Beliau merupakan antara 248 pelajar dari 45 negara yang memulakan pengajian di Kolej Yale-NUS tahun ini, kemasukan terbesar sejak kolej itu menerima kumpulan pelajar pertamanya pada 2013.



Tahun ini, lebih 8,700 pelajar dari serata dunia memohon mendapatkan tempat di kolej tersebut



Kolej Yale-NUS, yang kampusnya terletak di Clementi, merupakan hasil kerjasama Universiti Yale di Amerika Syarikat dan Universiti Nasional Singapura (NUS).



Sekolah itu kini mempunyai lebih 820 pelajar dari 65 negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >