Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Cipta aplikasi ScamShield tangani penipuan

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI pegawai polis Pasukan Respons Darat pada 2019, Timbalan Superintenden Polis (DSP) Azfer Ali Khan bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah laporan berkaitan penipuan.



Dengan harapan dapat memanfaatkan teknologi untuk menangani isu ini, DSP Azfer bersama pasukannya menghasilkan satu idea untuk membantu orang ramai dalam mengenal pasti penipuan melalui aplikasi, ScamShield.



Dilancarkan pada 2020, aplikasi antipenipuan ini telah dimuat turun oleh kira-kira lebih 367,000 pengguna iOS dan lebih daripada 122,000 pengguna Android, sehingga akhir tahun lalu.



Inovasi ini telah menganugerahkan DSP Azfer dan rakan-rakannya Anugerah Inovasi (Kategori Projek) semasa Majlis Penyampaian Anugerah Menteri yang diadakan baru-baru ini.



Ketika ditemui oleh Berita Harian, DSP Azfer berkata untuk menghasilkan aplikasi skala sebesar ini telah melibatkan ramai orang dan beliau tidak mungkin dapat melakukannya bersendirian.



"Saya rasa rendah hati menerima anugerah ini.



"Tetapi saya harus berkata bahawa pengiktirafan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga untuk semua kakitangan lain yang sedikit sebanyak menjadi sebahagian daripada projek ini, tanpa sokongan dan kepakaran mereka, aplikasi ini tidak mungkin menjadi sesuatu yang dapat dihasilkan," kata anak muda yang berusia 27 tahun itu.



Untuk menghasilkan aplikasi ini, DSP Azfer daripada Pejabat Penyelarasan Siber, telah menjadi pegawai perhubungan utama ketika bekerjasama dengan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dalam pembangunan dan pelaksanaan ScamShield.



Pihak berkepentingan lain yang turut terlibat dalam pembangunan aplikasi itu adalah Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) dan Produk Pemerintah Terbuka (OGP) daripada GovTech.



ScamShield dapat mengenal pasti dan menapis mesej dari penipu serta menghambat panggilan oleh nombor telefon yang disahkan terkait dengan penipuan.



Kedua-dua fungsi itu mengurangkan peluang penipu menghubungi mangsa dan membolehkan pengguna melaporkan kiriman teks oleh penipu serta menerima maklumat tentang trend penipuan terkini.



Menurut lulusan dari Universiti Cambridge dan sarjana undang-undang dari Universiti Harvard, beliau berkata ramai menjadi mangsa penipuan tanpa disedari dan mereka yang merupakan profesional tidak terkecuali daripada ditipu.



"Salah satu kes yang saya pernah mengendalikan adalah seorang individu yang ditipu sekitar $50,000.



"Apabila ditanya pekerjaannya, mangsa itu berkata dia bekerja di sebuah bank, dalam pasukan analisis penipuan," katanya.



"Ini menunjukkan bahawa sesiapa pun boleh ditipu dan boleh menjadi mangsa," tekan penerima Biasiswa Luar Negara Pasukan Polis Singapura (SPFOS) pada 2014 itu.



Meskipun aplikasi itu merupakan projek pertama yang digunakan oleh orang awam, anak kedua daripada empat adik beradik itu, sentiasa berminat dengan teknologi sebagai hobi.



Sebagai seorang pelajar beliau merupakan sebahagian daripada Makmal Inovasi Harvard di mana beliau pernah menghasilkan projek 'start-up' pembelajaran bahasa yang dapat membantu pengguna mempelajari bahasa yang baru ketika mereka melungsuri internet.



Dalam masa akan datang, DSP Azfer berkata beliau mempunyai beberapa idea berkaitan teknologi yang beliau berharap dapat bangunkan.



"Sekarang telefon bimbit orang ramai dapat dilindungi dengan aplikasi ini, jadi dalam masa akan datang saya ingin cuba untuk meneroka bagaimana kita dapat melindungi peranti peribadi lain seperti komputer riba atau komputer 'desktop' orang ramai.



"Jika idea ini dapat dibangunkan bersepadu bersama ScamShield, saya rasa ia boleh jadi lebih baik," katanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.




"Salah satu kes yang saya pernah mengendalikan adalah seorang individu yang ditipu sekitar $50,000. Apabila ditanya pekerjaannya, mangsa itu berkata dia bekerja di sebuah bank, dalam pasukan analisis penipuan. Ini menunjukkan bahawa sesiapa pun boleh ditipu dan boleh menjadi mangsa."



- DSP Azfer Ali Khan.




APLIKASI SCAMSHIELD



■ Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) telah melancarkan sebuah aplikasi bernama ScamShield November 2020 untuk menapis keluar SMS dan panggilan daripada penipu.



■ ScamShield dapat mengenal pasti dan menapis mesej dari penipu serta menghambat panggilan oleh nombor telefon yang disahkan terkait dengan penipuan.



■ Kedua-dua fungsi itu mengurangkan peluang penipu menghubungi mangsa dan membolehkan pengguna melaporkan kiriman teks oleh penipu serta menerima maklumat tentang trend penipuan terkini.



■ Versi iOS telah dilancarkan pada November 2020 manakala versi Android itu dilancarkan September tahun lalu.



■ Sehingga 31 December 2022, aplikasi antipenipuan ini telah dimuat turun oleh kira-kira lebih 367,000 pengguna iOS dan lebih daripada 122,000 pengguna Android.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >