Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Setempat0

FORUM EKONOMI BARU BLOOMBERG

Cipta pekerjaan, peluang baru huraian bagi atasi ketidaksaksamaan

Huraian tradisional bagi perbaiki ketidaksaksamaan di kalangan warga tidak akan ubah keadaan: Tharman
Nov 18, 2020 | 05:30 AM

KEMELESETAN ekonomi yang disebabkan Covid-19 bukan sahaja menjejas pekerja berpendapatan paling rendah, malah sejumlah besar golongan pertengahan di serata dunia.

Ini bermakna huraian tradisional untuk memperbaiki ketidaksaksamaan, seperti langkah pasif dan pengagihan semula sumber tidak akan mengubah keadaan, kata Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam.

Sebaliknya, adalah penting untuk melabur dalam pendidikan dan kemudahan awam yang boleh mencipta pekerjaan dan peluang baru, selain mencetus rasa optimis, kata Encik Tharman semasa menyertai perbincangan panel mengenai cabaran baru bagi pekerja di Forum Ekonomi Baru Bloomberg yang diadakan kelmarin.

Forum empat hari yang masih berlangsung itu menghimpunkan secara maya pemimpin politik dan perniagaan dan perbincangan yang diadakan merangkumi kewangan, perdagangan, iklim, kesihatan dan bandar.

Panelis lain dalam perbincangan yang disertai Encik Tharman termasuk presiden dan ketua eksekutif McDonald's Chris Kempczinski, pengerusi eksekutif IBM Ginni Rometty dan pengasas bersama dan ketua eksekutif Blackstone Stephane Schwarzman.

Sesi itu dipengerusikan oleh ketua koresponden Quicktake Bloomberg Jason Kelly.

Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, berkata dalam banyak masyarakat yang maju, ada kehilangan dari segi keyakinan bahawa seseorang boleh membangun diri melalui cara yang lama.

Melalui cara lama ini, anda berpeluang menggapai kehidupan kelas pertengahan meskipun bermula di kelas bawah dan ada laluan bagi menuju impian ini, kata Encik Tharman.

"Namun, harapan dan sekumpulan aspirasi ini kini telah luntur.

"Covid-19 boleh ditangani dengan cara yang juga menangani masalah jangka panjang ini," kata beliau lagi.

Encik Tharman memberi contoh dua campur tangan pemerintah yang diperlukan.

Pertama, pelaburan bagi pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat perlu dilakukan kerana ia memupuk budaya positif dan menambah keyakinan diri berhubung pembelajaran, peluasan kemahiran dan kemajuan dalam pekerjaan.

Kedua, era pelaburan baru bagi tujuan kebaikan awam - dari usaha penyelidikan dan pembangunan sains dan sains asas kepada latihan dan pelaburan bagi membina prasarana, katanya.

Encik Tharman berkata strategi sedemikian melibatkan peralihan fokus bagi belanjawan dan dasar kewangan ke arah yang memperluas peluang dan pertumbuhan pekerjaan, yang selanjutnya membawa rasa optimis yang menyatukan rakyat.

Bersependapat, Cik Rometty dari IBM berkata syarikat boleh memainkan peranan dengan membuka laluan kerjaya baru bagi pekerja yang tidak mempunyai ijazah universiti tradisional.

Perkara ini memerlukan anjakan paradigma dalam kalangan majikan, supaya menawarkan pekerjaan berdasarkan pendekatan yang menjurus pada kemahiran berbanding telalu bergantung pada kelayakan akademik, kata beliau.

"Pada masa ini, 40 peratus pekerjaan yang ditawarkan oleh IBM tidak lagi memerlukan ijazah empat tahun," kata Cik Rometty.

Encik Schwarzman pula berkata masyarakat perniagaan perlu melibatkan diri secara mendalam dengan sistem persekolahan, termasuk memberi peluang latihan.

"Jika orang dihubungkan dengan masyarakat perniagaan, mereka mempunyai tempat untuk bekerja dan boleh diajar kemahiran dari satu peringkat ke peringkat lebih tinggi," kata beliau.

Encik Kempczinksi pula berpendapatan bahawa mengasingkan pekerja berdasarkan kumpulan yang berkelayakan rasmi dengan yang berkelayakan teknikal kurang berkesan.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map